"Kalau Shah Rukh Khan Tengok Ni Mesti Dia Lamar Untuk..." Penampilan Fasha Sandha Di Hari Deepavali Dipuji Ramai!

Asraf Aided
November 7, 2018 00:00 MYT
Aktres jelita Fasha Sandha berkongsi sekeping foto sempena sambutan Deepavali.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Di entri tersebut, Fasha lengkap mengenakan persalinan kaum India dan menulis ucapan kepada pengikutnya yang menyambut perayaan tersebut.
"Fortunate is the one who has learned to admire, but not to envy.
"Selamat menyambut Hari Deepavali," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejelitaan Fasha yang berpakaian seperti wanita India.
"Hindustan ke ni
"Cantiknya dah macam Kareena Kapoor.
"Wow cantik, dah macam India saya tengok.
"Ni kalau Shah Rukh Khan tengok ni mesti dia lamar untuk jadi heroin untuk filem dia," tulis netizen.
Fasha mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2002 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.
#Fasha Sandha