Hiburan

“Kalau Suruh Puasa Penuh Nanti Mereka ‘Cranky’” - Alif Satar Ada Cara Tersendiri Ajar Anak Berpuasa

gempak
Azwa Rahman
18/05/2020
23:11 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Suruh Puasa Penuh Nanti Mereka ‘Cranky’” - Alif Satar Ada Cara Tersendiri Ajar Anak Berpuasa
Penyanyi dan pelakon Alif Satar mendedahkan ada cara tersendiri untuk mengajar kedua-dua anak perempuannya, Alisha Anugerah, 5, dan Ariana Mecca, 3, untuk berpuasa.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, pastinya ramai ibu bapa yang sedang mengajar anak kecil mereka berpuasa dan ada cara tersendiri.
“Ayah dan ibu Alif ajar mereka berpuasa secara perlahan-lahan. Kalau sebelum ni mereka makan sarapan pukul 10 pagi, kali ni kita ajar dia makan sarapan pukul 12 tengahari.
“Tapi kita tak cakap la yang mereka sedang berpuasa. Tapi dari semasa ke semasa kita tanya mereka dah mula lapar ke belum untuk tahu sampai mana mereka mampu bertahan.
“Bila mereka berdua lapar, mereka akan maklumkan pada saya. Lepas mereka makan, baru saya akan beritahu yang sebenarnya mereka sudah berpuasa selama setengah hari. Lepas tu mereka mesti macam terkejut,” kata Alif sewaktu ditemubual menerusi segmen Artis Duduk Diam kepada Gempak.
Tambah Alif lagi, dia tidak mahu terlalu memaksa dua cahaya mata perempuannya itu untuk berpuasa penuh.
“Sekadar nak mereka merasai pengalaman berpuasa setengah hari juga sudah memadai.
“Kalau boleh saya tak nak terlalu memaksa mereka, cukup sekadar mereka tahu. Lagipun kalau mereka berpuasa penuh seharian, mesti mereka berdua meragam,” jelas Alif lagi.
Sekadar info, Alif dan isterinya Shadila Halid berkahwin pada 15 September 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, Muhammad ‘Ali yang bakal memasuki usia satu tahun pada September ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024