,
Laman Utama

“Kalau Tak Ada Duit, Beli Ayam Penyet Tepi Jalan” - Kembali Panas, Wanita Ini Tarbiah Kaklong Gara-Gara…

Hanafis Haris
07/03/2022
03:25 MYT

Kontroversi membabitkan seorang wanita yang mengamuk di sebuah kedai serbaneka yang dikenali sebagai Kaklong nampak gayanya masih belum berakhir.

Ini kerana muncul satu lagi watak yang menempelak tindakan Kaklong sewaktu membuat hal di sebuah restoran makanan segera.

Menerusi sebuah video yang tular, wanita itu mengkritik tindakan Kaklong yang masih memilih untuk membeli makanan lebih mahal biarpun tidak mempunyai duit yang cukup.

“Kalau tak ada duit tak payah makan KFC, beli ayam penyet tepi jalan.

“Nak air batu kat situ pun ada, seringgit je.

“Duit ada RM30 tapi nak makan KFC,” katanya.

Tambahnya, ada benda yang boleh dimarah, namun selebihnya harus bersabar.

“Nak marah orang tak perlu live, ada benda kita boleh cakap, ada benda tak boleh. Sabar!

“Tak perlu marah nak live,” katanya.

Terdahulu, isu berkaitan Kaklong tular selepas wanita itu melepaskan kemarahan kepada pekerja sebuah kedai serbaneka apabila anaknya dituduh mencuri.

Difahamkan, wanita itu terlebih dahulu membuat live di Facebook sebelum memarahi pekerja-pekerja yang berada di kaunter.

Namun, apa yang mencetuskan kemarahan orang ramai adalah sikap wanita itu yang dikatakan berlagak seperti samseng dan tidak beradab.

Lebih teruk lagi, anaknya yang sedang menangis turut menendang kaunter sambil menjerit kepada pekerja pasaraya tersebut.

Terbaru, wanita itu telah pun memohon maaf kepada pekerja kedai tersebut.

BACA : “Saya Dah Marah, Takkan Nak B****h, Penagih Pun...” - Mengamuk Dituduh Mencuri, Wanita Ini Akhirnya…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Siap Pakai Tanjak! Influencer Pun Terhibur Dengan Video Pak Pandit Komen Fasal Bola - “Geram Aku Tengok, Boleh Pula Dia Kata…”

gempak
16/12/2022
06:25 MYT
Terhibur la tengok video Pak Pandit!
Laman Utama

Teringin Nak Bercuti Di Qatar? Cubalah Join KEPCI FC Contest Ni! Mudah Je, Mana Tahu Rezeki

gempak
21/11/2022
08:00 MYT
Manalah tahu kot dapat pergi Qatar guys!
Laman Utama

KFC Terus Mengekalkan Kualiti Demi Memastikan Pelanggan Puas Dengan Setiap Gigitan Ayam Goreng Mereka Yang Rangup & Juicy! Makan Sampai Kenyang Sedap Sehingga Menjilat Jari

gempak
10/11/2022
08:30 MYT
Wah memang berbaloi
Laman Utama

Pesan Lagi, Jimat Lagi! Memang Berbaloi, Order Guna Aplikasi Terbaharu KFC Je Mudah

gempak
18/10/2022
05:30 MYT
Pesan lagi, jimat lagi guys!
Laman Utama

“Ada Mak Cik Dah Jatuh!”- Berhimpit! Ramai Sedih Lihat Tetamu Berebut Ayam Goreng Free Di Rumah Terbuka

gempak
30/05/2022
05:25 MYT
Tolak-tolak sampai tak jaga penjarakan sosial