"Kalau Tak Dapat Zuriat Pun, Saya Reda & Bersyukur" - Siti Elizad Berehat Selepas Jalani Pembedahan Cyst
Asraf Aided
13/09/2018 13:00 MYT
13/09/2018 13:00 MYT
Selebriti popular, Siti Elizad sedang berehat selama sebulan selepas menjalani pembedahan membuang cyst berukuran lapan sentimeter baru-baru ini.
Menerusi laporan HLive!, Elizad berharap agar dikurniakan zuriat.
Sekiranya gagal mendapatkannya, dia tetap bersyukur dan reda.
"Saya kini sedang berehat dan banyak berpantang selepas pembedahan tersebut, tapi apa yang saya boleh katakan semuanya baik-baik saja.
"Bercakap mengenai perancangan untuk mendapatkan zuriat, saya tak nafikan memang saya mahukan zuriat namun kalau tiada rezeki untuk mendapatkannya, saya tetap bersyukur dan reda," katanya.
Pada masa yang sama, Elizad turut meluahkan rasa terharunya terhadap sokongan yang diberikan oleh peminat dan rakan-rakannya ketika dia menjalani pembedahan itu baru-baru ini.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).