Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

"Kalau Tak Makan Sayur, Lipas Makan Kamu" - Cara Redza Minhat Didik Anak Buat Netizen Bertikam Lidah

Amri Hassan 05/08/2020 | 09:45 MYT
Sepotong ciapan di Twitter milik pelakon Redza Minhat mengenai cara dia memujuk anak perempuannya untuk makan sayur menjadi perdebatan netizen.
Tulis Redza menerusi akaun tersebut, caranya 'menakut-nakutkan' anaknya itu terbukti berkesan untuk mengasuh anaknya supaya memakan sayur-sayuran.
"Cuba untuk menjelaskan kepada anak perempuan saya betapa berkhasiatnya sayur-sayuran terutama untuk kesihatan, kulit dan kecerdasan.
"Tetapi ia lebih berkesan apabila saya memberitahu 'kalau kamu tak makan sayur, lipas yang akan makan kamu'.
"Situasi sama saya lalui ketika kecil dan harap-harapnya suatu masa nanti anak saya akan melaluinya bersama anak-anaknya.
"Ketakutan berkesan apabila kamu tidak tahu terlalu banyak tentang sesuatu perkara," ciapnya.
Bagaimanapun, perkongsian pelakon filem KIL itu mendapat teguran segelintir netizen dengan menggunakan teori dan hujah daripada bidang psikologikal.
Malah, Redza dikatakan berbohong kepada anaknya dan boleh menjadi amalan yang akan dipraktikkan kesan daripada cara didikan itu.
"Lama-kelamaan, mereka akan belajar konsep menipu daripada ibu bapa sendiri, kerana mereka belajar melalui apa yang mereka perhatikan.
Anak-anak ialah cerminan ibu bapa sendiri," tulis pengguna yang dikenali sebagai @AimanPsikologi.
Rezda kemudiannya tampil menjelaskan tindakan awalnya itu dan berharap perkongsiannya tidak dijadikan isu besar.
"Ada ibu bapa yang juga punyai kenalan dalam bidang pemakanan dan doktor untuk mendapatkan nasihat berbanding dari Twitter.
"Saya tak suka apabila ada individu asing yang campur tangan dan menuduh saya penipu atau lebih teruk ancaman kepada anak-anak saya.
"Perkara pertama yang perlu anda buat adalah menyemak sebelum 'menegur'," tambahnya.
Individu terbabit yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Psikologis di sebuah pusat psikologi sebelum ini kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tegurannya di Twitter.Sepotong ciapan di Twitter milik pelakon Redza Minhat mengenai cara dia memujuk anak perempuannya untuk makan sayur menjadi perdebatan netizen.
Tulis Redza menerusi akaun tersebut, caranya 'menakut-nakutkan' anaknya itu terbukti berkesan untuk mengasuh anaknya supaya memakan sayur-sayuran.
"Cuba untuk menjelaskan kepada anak perempuan saya betapa berkhasiatnya sayur-sayuran terutama untuk kesihatan, kulit dan kecerdasan.
"Tetapi ia lebih berkesan apabila saya memberitahu 'kalau kamu tak makan sayur, lipas yang akan makan kamu'.
"Situasi sama saya lalui ketika kecil dan harap-harapnya suatu masa nanti anak saya akan melaluinya bersama anak-anaknya.
"Ketakutan berkesan apabila kamu tidak tahu terlalu banyak tentang sesuatu perkara," ciapnya.
Bagaimanapun, perkongsian pelakon filem KIL itu mendapat teguran segelintir netizen dengan menggunakan teori dan hujah daripada bidang psikologikal.
Malah, Redza dikatakan berbohong kepada anaknya dan boleh menjadi amalan yang akan dipraktikkan kesan daripada cara didikan itu.
"Lama-kelamaan, mereka akan belajar konsep menipu daripada ibu bapa sendiri, kerana mereka belajar melalui apa yang mereka perhatikan.
Anak-anak ialah cerminan ibu bapa sendiri," tulis pengguna yang dikenali sebagai @AimanPsikologi.
Rezda kemudiannya tampil menjelaskan tindakan awalnya itu dan berharap perkongsiannya tidak dijadikan isu besar.
"Ada ibu bapa yang juga punyai kenalan dalam bidang pemakanan dan doktor untuk mendapatkan nasihat berbanding dari Twitter.
"Saya tak suka apabila ada individu asing yang campur tangan dan menuduh saya penipu atau lebih teruk ancaman kepada anak-anak saya.
"Perkara pertama yang perlu anda buat adalah menyemak sebelum 'menegur'," tambahnya.
Individu terbabit yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Psikologis di sebuah pusat psikologi sebelum ini kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung tegurannya di Twitter.
#Redza Minhat #Lipas #Sayur
;