Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti kerana biarpun bunyinya amat cliche, tetapi setiap selebriti sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Tambahan pula dengan zaman media sosial yang penuh dengan akaun-akaun penyamar, sesiapa sahaja sesuka hati boleh meninggalkan komen yang negatif.

Memuat naik satu entri di Instagram miliknya, Syifa Melvin seolah-olah mahu meluahkan perasaan yang terpendam dengan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap dirinya.

"Lelaplah mata setiap malam dengan hati yang tenang tanpa iri,tanpa dengki tanpa ketidakpuasaan hati pada manusia lain," tulisnya pada entri bergambar tersebut.

Lelaplah mata setiap malam dengan hati yang tenang tanpa iri,tanpa dengki tanpa ketidakpuasaan hati pada manusia lain.. . . . .Mua @bellahudd #bulumatabetoi

A post shared by SM (@syifamelvin) on


Namun gambar yang dikongsikannya itu disambut pula dengan sindiran seorang lelaki tentang wajahnya yang bersolek lengkap itu.

"Klu tk mekap apa rupa ya?" tanya seorang pengguna Instagram seolah menyindir gambar Syifa yang dikongsikannya itu.

Sebagai seorang selebriti yang selalu berdepan dengan karenah mereka sebegini, Syifa menjawap dengan tenang dan padu.

"Saya penjual makeup bang, mesti la saya kena pakai makeup yang saya jual, saya harap abang selalu diberi rezeki yang halal ya bang.

"Semoga Allah beri kudrat dan tenaga pada abang untuk beri rezeki pada zuriat abang. Aamin, doakan saya ya," jawap Syifa.



Beberapa netizen lain yang menyifatkan soalan yang ditanya lelaki berkenaan seperti mahu menyindir Syifa turut memberikan komen masing-masing.



Syifa Melvin dikatakan bercinta dengan pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid tetapi masing-masing menutup mulut tentang hubungan mereka.