“Kalau Tak Nak, Atau Apa Pun Alasan, Carilah Saya” – Abby Abadi

Badrul Hashim
November 14, 2018 07:01 MYT
Melalui satu entri di Instagram beliau, Abby sekali lagi meminta supaya mereka yang ‘tidak mahu’ kan anak-anak yang baru dilahirkan supaya tidak meninggalkan anak tersebut di tempat-tempat sebarangan seperti di tangga.
Beliau juga berharap jika ada yang malu untuk menghantar ke pusat pendaftaran atau ke JKM kerana apa jua masalah yang dihadapi supaya mencari beliau.
“Carilah saya. Saya akan uruskan sebaik-baiknya agar nasib baby terbela. Saya akan usahakan duit belanja untuk maknya juga. Tolonglah cari kita,” tulis Abby.
Kredit: Instagram @abby_abadi112
#Abby Abadi