Hiburan

"Kalau Tak Tahan Boleh Berbuka .." - Ajar Anak Berpuasa Di Usia Muda, Netizen Puji Ozlynn & Johan

gempak
Zulaikha Yusof
02/05/2019
09:53 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Tak Tahan Boleh Berbuka .." - Ajar Anak Berpuasa Di Usia Muda, Netizen Puji Ozlynn & Johan
Pelakon Ozlynn mendedahkan dia sudah mengajar anaknya, Chantiq berpuasa seawal usianya tiga tahun.
Namun begitu, Ozlynn tidak memaksa anaknya bertahan jika tidak mampu memandangkan Chantiq tidak sihat.
"Dia terlepas solat jemaah sebab lepas sahur tadi dia guling-guling pastu terlelap.
"So dia mandi lambat dan kena lah solat sensorang..Dia batuk harini.
"So dah pesan kat dia kalau tak tahan boleh berbuka kat sekolah.
"So kita tengok la macam mane..Macam last year dia dapat puasa 22 hari.
"Kira bagus juga la sebab dia 3 tahun boleh puasa," tulis Ozlynn.
Tambah isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan ini, dia mendidik anak-anak dengan cara menerangkan kenapa perlu berpuasa serta kelebihan yang akan diperolehi.
"Tapi kami didik dorang dan terangkan kenapa kita berpuasa dan apa kelebihan orang berpuasa.
"Normal bebudak kadang bagitau banyak kali pun depa kadang tak faham juga.
"Takpe la jangan lelah bagi semangat..Kalau tak larat jangan paksa tau.
"Sebab nilah salah satu proses pembelajaran jadi takde la nanti tak cukup "waktu" kena puasa solat..Baru nak praktis so untuk ibu-ibu good luck," tulisnya.
Rata-rata pengikutnya memuji dan kagum dengan cara didikan pasangan ini untuk anak-anak mereka.
"@mfmirafilzah: Kagum dengan cara mama dan johan didik anak."
"@nadiahmuttalib: Subhanallah pandai..Macam mana kak ozlynn dan abang johan didik anak-anak solat dari kecik ye..Boleh share tak?"
"@maziatulakmam: Saya suka la cara family johan mendidik anak semoga Allah permudahkan segalanya."
Johan dan Ozlynn dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live