Hiburan
"Kalau Takda Bahasa Yang Baik, Jangan Pilih Untuk Komen" - Ernie Zakri Selar Netizen Yang Komen Dirinya Gemuk
Penyanyi dan pelakon Ernie Zakri bengang dengan sikap segelintir pengikut yang meninggalkan kata-kata kesat di ruangan komennya.
Menurut Ernie kelakuan itu tidak sesuai dibuat sebagai gurauan kerana ia berbentuk 'body shaming'.
"Ya saya tidak ok dengan ini, jadi tolong jangan buat sebagai gurauan kerana sesetengah orang berurusan dengan masalah badan. Terima kasih," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya.
Di samping itu, pelantun lagu Ku Bersuara turut bertindak memberi teguran di ruangan komen miliknya.
"Guys saya tidak fikir ia sesuai untuk komen gemuk gemuk gemuk kat ig orang.
"Kalau takda bahasa yang baik, jangan pilih untuk komen," tulisnya lagi.
Rakan duet Ernie, Syamel turut sama menganggap sikap itu sudah keterlaluan kerana telah menyakiti hati orang lain.
"Menyakiti hati orang lain kan tak bagus. Biarlah iblis buat kerja dorang buat apa kita nak tolong dia," tulisnya.
Terdahulu, rakaman video ketika malam Konsert Tribute komposer terkenal, arwah Suhaimi Mohd Zain atau dikenali dengan Pak Ngah mendapat perhatian segelintir netizen dengan mengatakan bentuk badan Ernie kelihatan berisi.
Must-Watch Video