"Kalau Tambah Ikan Bilis Baru Perfecto" - Rekaan Kasut Vans Nasi Lemak Ini Buat Ramai Terliur

Hanafis Haris
Oktober 1, 2019 09:01 MYT
Pertandingan paling ditunggu-tunggu oleh peminat Vans iaitu Vans Custom Culture kini kembali lagi.
Pastinya ramai anak muda berbakat seluruh negara khususnya di Asia akan mempamerkan rekaan kreatif mereka pada pertandingan tersebut.
Namun, di Twitter ketika ini viral satu rekaan hasil seorang pemuda dikenali sebagai Afiq Afify Anuar.
Rekaan kasut vans tersebut mengangkat hidang popular Malaysia iaitu nasi lemak sebagai elemen utama.
"Hi, ini adalah proposal saya untuk vans custom culture dengan tema nasi lemak. Wish me luck," katanya pada posting di Twitter.
Sehingga artikel ini ditulis, posting tersebut telah dikongsi lebih 11,600 kali oleh warga Twitter.

Hi, this is my my proposal for vans custom culture with Nasi Lemak theme. Wish me luck. exif: ipad pro pic.twitter.com/APS0W49rDv

— afiqafifyanuar (@afqaffy) September 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada sama, Afiq turut memuat naik video proses menghasilkan rekaan tersebut.
Anda boleh lihatnya di bawah.

working process pic.twitter.com/ulOH7QcpvE

— afiqafifyanuar (@afqaffy) September 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu rata-rata warganet dilihat sangat teruja dengan rekaan tersebut.
Ada yang meminta supaya diletakkan minuman teh tarik pada rekaan berkenaan dan tidak kurang juga yang mencadangkan supaya menambah elemen ikan bilis dalam karya nasi lemak tersebut.

Mntak sebelah lagi buat teh tarik. Mcm ngam ja pagi2 lapar terus gigit kasut

— ‘Deen’ (@DynoDeen) September 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bro add some bilis and it’s perfecto! ?

— amirhams (@amirul_haqimi) September 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, juara bagi pertandingan Vans Custom Culture akan membawa pulang wang tunai USD 25,000 (RM104,855) berserta kasut vans dengan rekaan pemenang itu sendiri.
#Malaysia #Nasi Lemak #Vans