Berita
"Kalau Tau Macam Ini Tak Payah Ambik Lagi Bagus!" - Aliff Syukri Kesal Ibu Kandung Tuntut Semula Qayyum
Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal apabila ibu kandung anak angkatnya, Qayyum meminta semula anaknya selepas tular sebuah video pembantu rumahnya menunjal kepala kanak-kanak tersebut.
Menerusi entri di Instagram, Aliff kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh wanita tersebut selepas dia bersusah payah membesarkan Qayyum dengan penuh kasih sayang.
"Memang macam ini ek ambil anak angkat? Time teruk menangis macam ini tak nak pulak ibu kandung dok nak ambik? Ini dah sehat sihat nak ambik. Kalau tau macam ni tak payah ambik lagi bagus jaga je bebaik dalam perut tu tak payah gatal kasi orang.
"Niat hati wife saya nak berkomunikasi sebab tak nak putuskan hubungan dengan keluarga Yom, tapi jadi sebaliknya pula. Orang tak faham apa yang kami rasa bila perasaan sayang dah ada sebab jaga dari dalam perut lagi (mak Yom mengandung 7 bulan kami dah jaga) dan dari lahir kami jaga dan yang pelik lahir je Yom kena sawan nangis dan selalu nangis tak berhenti dan ada masalah pernafasan dan mata.
"Lebih dari RM5,000 kos rawatan kat hospital swasta, malah maid khas saya bayar gaji untuk jaga baby ni sahaja. Susu pun tak minum yang biasa ok. Minum susu soya, malah maid saya sampai tak tidur malam. Semua orang jaga dia dengan sakit mata hampir 5 bulan baru hilang
"Suntikan bulanan, sakit demam, kami sekeluarga jaga. Hari ni dapat mesej mak dia nak minta balik Qayyum sebab katanya dah mampu nak jaga. Kalau tau nak ambik tak payah kasi dari awal atau ambik masa tengah parah menagis dan mata macam ni.
"Sekarang dah sehat dan kurang nangis boleh berjalan nak ambik? Kalau korang jadi saya apa patut saya buat?," tulisnya.
Rata-rata berharap agar Aliff dapat berbincang dengan keluarga Qayyum dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Must-Watch Video