"Kalau Tengok Seorang Diri Ni Mahu Tersedu-Sedan Depan Televisyen" - Tayangan Hari Pertama Ada Apa Dengan Dosa Dapat Sambutan Luar Biasa!

Amri Hassan
Jun 5, 2020 07:56 MYT
Tayangan hari pertama Ada Apa Dengan Dosa mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.
Kebanyakannya memuji kehebatan pelakon serta mainan emosi filem arahan Rahila Ali itu.
Malah, ada yang gagal menahan sebak hingga turut mengalirkan air mata dalam beberapa babak menyentuh hati.
"Penghayatan watak pelakon best, skrip best, sinematografi best!
"Nasib baik tengok dengan adik-adik, bergenang gitu je lah ditahan-tahan.
"Kalau tengok seorang ni mahu tersedu-sedu depan televisyen," tulis @ckidal_ di Twitter.

Penghayatan watak para pelakon best, skrip best, cinematography best. Nasib baik tengok dengan adik2, bergenang gitu je la ditahan-tahan. Kalau tengok sorang ni mau tersedu-sedu depan tv. Kalau ada kesempatan, korang tengoklah kat Astro First!#AADD#AdaApaDenganDosa https://t.co/9pkAurMb8d pic.twitter.com/T5uJjiwiWL

— ً (@ckidal_) June 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sedih, jalan cerita yang tak panjang tapi penuh dengan mesej yang baik buat kita terasa. Cerita yang best dan terbaik!" puji @OyaAnas3.
"Tengok filem ni buat I asyik menangis je," tambah @njhhmhsn.
Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz dihantui dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, anak perempuannya itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First sejak 4 Jun.
#Astro First #Review #Ada Apa Dengan Dosa