"Kalau Terdesak Jangan Sampai Pinjam Along, Kalau Kita Gagal Bayar..." - Polis Tak Mahu Orang Ramai Terjebak Dengan Ceti Haram!
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini pastinya memberi impak yang besar khususnya buat mereka yang .
Namun, itu bukanlah alasan yang membolehkan orang ramai mengambil jalan singkat dengan meminjam wang daripada lintah darat atau along.
Justeru, polis Terengganu mengingatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh atau terpedaya dengan tawaran-tawaran yang dilakukan ceti haram seperti.
"Kemungkinan akan berlaku, tetapi saya hendak menasihati mereka yang terdesak ini, kalau boleh jangan pinjam dengan along, jangan terjebak dengan along.
"Apabila kita terlekat dengan along ini, akan mengambil masa yang panjang untuk kita selesaikan masalah.
"Along ini banyak jenis. Ada yang minta bayaran hari-hari. Kalau kita gagal bayar, faedahnya akan meningkat," katanya.
Roslee berkata, sepanjang PKP dikuatkuasakan, kadar kes jenayah di Terengganu turut merekodkan penurunan.
Bagaimanapun, kes jenayah komersial terutama yang melibatkan e-belian atau pembelian dalam talian, serta kes Macau Scam menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus.
Roslee turut mengingatkan orang ramai termasuk golongan profesional agar berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian.
Sumber : Astro Awani