Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Kalau Tiada Maid Pun I Tahu Jaga Anak Suami, Tapi Masih Nak Cantik-Cantik" - Shima Anuar

Amri Hassan 23/04/2020 | 08:21 MYT
Pelakon Shima Anuar akui dia masih boleh berdikari untuk menjaga anak-anak dan melakukan kerja rumahnya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Jelas Shima, dia sudah terbiasa dibesarkan dengan cara berdikari tanpa perlu mengharapkan bantuan sesiapa.
"Alhamdulillah, suami saya menyediakan pembantu rumah yang boleh membantu.
"Tapi kalau tak ada maid pun I tahu macam mana nak uruskan anak-anak, buat semua kerja rumah tapi masih I nak cantik-cantik.
"Sebab I tahu I bukan spesis pemalas. I boleh buat semua kerja rumah sendiri sebab daripada kecil memang I dah diajar buat macam-macam," katanya menerusi posting di Instagram Stories.
Tambah Shima, suaminya bakal menghantar pulang pembantu rumahnya sekali gus menjadikan semua kerja rumah di bawah tanggungjawabnya sendiri.
"Tak lama lagi maid kena hantar balik negara dia, I akan tunjukkan bagaimana I uruskan anak-anak, suami, buat kerja rumah sendiri okey?" tambahnya.
Entri terbabit ekoran tindakan rakannya yang terkantoi cuba memburukkannya kepada individu lain.
Malangnya, rakannya itu tersalah hantar entri milik Shima kepada Shima sendiri.
"Sebelum mula puasa I nak cerita mengumpat sikit. Sebab ada orang mengumpat pasal I.
"Ada seorang ni mungkin dia nak ajak kawan dia mengumpat pasal I. Tapi nak dijadikan cerita dia share post I dekat DM I.
"Dia nak hantar kat kawan dia tapi dia terhantar dekat I. Kantoi busuk!
"Tulisnya; Ada maid bolehlah nak bersiap cantik-cantik. Menyampah. Itulah ayat dia.
"Mungkin dia perasan dia salah hantar cepat-cepat dia padam," kongsi pelakon filem Highland Tower itu lagi.
Shima turut menasihati orang ramai agar menghapuskan sifat dengki dalam diri dan kekal positif.
"Bersihkan hati anda, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Doa yang baik-baik mana tahu nanti suami you bagi maids sekali 5 orang," perli Shima.
#Shima Anuar #Maid #Jaga Suami
;