“Kalau Tiada Waris Yang Boleh Menjga Anak Ini, Please Mummy Becca Nak Jaga” – Rebecca Nak Jaga Arfan Ziqri

Fiza Kamarudin
November 2, 2019 10:17 MYT
Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam menyatakan kesudiannya untuk menjaga bayi yatim piatu Muhammad Arfan Ziqri, yang kehilangan ibu bapa dalam kecelakaan jalan raya baru-baru ini.
Rebecca menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) berkata, dia mahu menjaga Arfan sekiranya tiada waris berbuat demikian.
“Kalau tiada waris yang boleh menjaga anak ini, please Mummy Becca Nak Jaga... #ComelnyaAwakSayang,” tulisnya.
Terdahulu Pencetus Ummah (PU) Amin telah memuat naik mengenai ujian dihadapi bayi berusia dua tahun tersebut yang kemudiannya dikongsi semula Rebecca.
Ibu bapa Muhammad Arfan, Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, 29 Oktober lalu.
Afan kemudiannya menjadi tular kerana sekelip mata bergelar yatim piatu selepas kemalangan menyayat hati itu.
#Anak #Rebecca Nur Al Islam