,
Hiburan

“Kalau Tidak Mampu Saya Rasa Beri Laluan Kepada Orang Lain ..” – Rosyam Nor Ulas Isu Finas

Zulaikha Yusof
16/12/2019
12:30 MYT
Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor mengulas mengenai beberapa kontroversi yang mengaitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang telah menjadi pertikaian penggiat seni.
Kata Rosyam dia berharap Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham dan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac dapat melakukan sesuatu bagi menyelesaikan ketegangan tersebut.
“Sebenarnya saya sebagai penggiat seni berharap agar Hans Isaac dan Ahmad Idham dapat melakukan sesuatu.
“Tapi bila dah jadi macam ni, saya pun pening. Saya harap pihak kementerian akan selesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
“Apa yang akan dilakukan oleh Finas untuk memajukan filem kita? Kalau hanya cakap kosong tanpa hasil, lama-kelamaan akan jadi macam dahulu juga,” katanya kepada HLive.
Terdahulu, beberapa kontroversi mengaitkan Finas menjadi pertikaian penggiat seni. Antaranya, termasuklah isu cadangan mengawal selia kandungan penstriman berbayar, Netflix dan larangan pelakon muda disolek menjadi tua.
Kemuncak kemelut Finas tercetus apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham kini dikatakan direhatkan secara tiba-tiba selepas dilantik pada 14 Mac lalu.
Hans dilantik sebegai pengerusi Finas berkuatkuasa pada 8 April lalu bagi tempoh dua tahun.
Dalam pada itu, Rosyam turut menasihati sekiranya individu terbabit tidak dapat memikul tanggungjawab yang telah diberikan seeloknya ia dilepaskan.
“Mula-mula dulu ramai yang suka apabila terdapat orang industri yang berada di jawatan tinggi tapi sekarang ini sebaliknya terjadi.
“Apapun, kita bagi peluang kepada mereka untuk lihat apa yang akan dilakukan. Tepuk dada tanya selera.
“Kalau tidak mampu, saya rasa beri laluan kepada orang lain kerana banyak masalah dalam industri ini yang perlu diselesaikan,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! Yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada ja 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rosyam Nor Buat Laporan Polis! Bakal Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah-Fazura

gempak
10/10/2024
23:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling

gempak
10/10/2024
21:27 MYT
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman menyifatkan pencapaian Anna Jobling sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia, Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya tetapi buat industri filem Malaysia.
Hiburan

Rosyam Nor Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah Amin & Fazura Ke Mahkamah - “Korang Tunggu…”

gempak
10/10/2024
05:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor, 56, bakal mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama dan imejnya untuk bersuara mengenai rumah tangga selebriti Fattah Amin dan Fazura.
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan

gempak
03/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor mewakili suara kebimbangan pelanggan-pelanggan ST Rosyam Mart mengenai kenaikan harga barang akibat peningkatan harga diesel.
BorakSeeni