,
Gaya Hidup

“Kalau Universiti Malaysia, Confirm Dituduh Kurang Ajar” - Pelajar Malaysia Konvo Di UK, Selamba Swafoto Bersama Canselor

Azwa Rahman
19/07/2019
10:16 MYT
Seorang pelajar Malaysia menarik perhatian netizen apabila sempat berswafoto bersama Canselornya ketika sesi penyerahan skrol ijazah di United Kingdom (UK).
Menerusi laman sosial Twitter, Acap atau nama sebenarnya Mohd Ashraaf Iqmal Mohd Radzi, berkongsi beberapa keping foto swafoto tersebut ketika majlis konvokesyen University of Essex, United Kingdom. “Alhamdulillah, ya boi made it!” tulis Acap yang gembira dengan kejayaannya memperoleh segulung Ijazah dan pada masa yang sama dapat memotretkan foto ‘rare’ tersebut.
Menerusi satu video yang berjaya dirakamkan oleh temannya, Acap dilihat mengeluarkan telefon bimbit sambil berjalan ke tengah pentas apabila namanya dipanggil.
Setelah menerima skrol tersebut, dia sempat berbisik kepada Canselornya untuk meminta izin berswafoto.
Menurut Acap menerusi satu tweet, Cancelornya memberikan keizinan untuk turut sama berswafoto bersama Acap.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada graduan jurusan perakunan dan kewangan itu dan ramai yang teruja melihat aksinya.
“Power! Congrats Acap!” puji seorang netizen.
“Congrats! Kau memang berani haha,” komen seorang netizen lagi.
Namun, tidak kurang juga ada yang membandingkan tindakan Acap itu jika ia dilakukan di kebanyakan universiti di Malaysia.
“Ayo keliling Melayu and meleis will crown you as the most rude student for the decade” ujar seorang netizen terhadap tindakan Acap.
“Kalau UiTM degree kena gantung sat ka tarik balik tah. Ada kes tak silap aku hari tu,” komen seorang netizen lagi.
Lebih istimewa apabila momen swafoto yang dimuat naik di laman Instagramnya itu turut diulang papar oleh akaun Instagram rasmi University of Essex.
Pada tahun 2015, seorang graduan dikenakan tindakan digantung pengajian sebagai hukuman apabila berswafoto di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen UiTM.
Sumber foto: Twitter @AcapIqmal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar