Penyanyi Hafiz Suip mengakui risau dengan masalah kesihatan yang dialami oleh anak sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hafiz mendoakan agar anak segera sembuh daripada demam yang dialami oleh anaknya itu.

“Get well soon my son. Kalaulah boleh sakit tu transfer kat ayah, ayah sanggup hadap nak daripada nengok dia camni,” tulisnya.

Get well soon my son...kalau lah boleh sakit tu transfer kat ayah..ayah sanggup hadap nak daripada nengok dia camni..

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Riyadh segera sembuh selepas mendapatkan rawatan.

Ada juga tidak lepaskan peluang untuk berkongsi beberapa tips kepada Hafiz dalam mengurangkan demam yang dialami oleh anaknya itu.

Hafiz dan isterinya, Nureffy Jasree telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan menerima kehadiran Riyadh yang lahir pada 31 Disember 2017.

Sementara itu jangan lupa untuk mendengar single terbaharu Hafiz, ‘Kisah Cinta Kita’ berentak balada yang sudah pun menemui pendengar sejak 8 Mac lalu.

‘Kisah Cinta Kita’ merupakan single pertama Hafiz di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn Bhd.