Doktor dan pengacara Dr Say Shazril turut meluahkann rasa kecewanya tentang insiden sebuah video mendakwa lelaki mabuk menjadi punca lori dipandunya terbabit kemalangan tular sejak kelmarin.

Menurut Dr Say, serangan jantung sebenarnya tidak boleh dipandang ringan atau dibuat main.

"Tanpa asal usul dituduh mabuk dan tiada sebarang pertolongan diberikan kepada mangsa.

"Kalau korang amati video ni elok-elok nampak betapa dalam kesakitannya pemandu tu sambil dia ber-grunting in pain dan sambil tangan kirinya memegang dada kirinya.

"Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yg dialami pemandu tu akan tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?," katanya.

Jelasnya, sekiranya wanita itu bertanya keadaan pakcik tersebut atau segera memanggil ambulans, berkemungkin mangsa boleh diselamatkan.

"Sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, time is precious.

"Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia. Jadikan situasi ini pengajaran buat semua.

"Pertama jangan menghukum orang dan nombor dua didik diri belajar tentang pembunuh nombor satu dalam tempoh 20 tahun iaitu penyakit jantung," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menegaskan dakwaan tersebut pemandu mabuk tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

“Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat 'myocardial infarction' (serangan jantung)," katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Dalam pada itu, sepasang suami isteri yang dikecam teruk selepas didakwa merakam kejadian itu tampil memohon maaf.

Menurut mereka, dia dan isterinya hanyalah mangsa keadaan dan video itu hanya dimuat naik selepas ia tersebar di aplikasi WhatsApp.

BACA: “Kami Mangsa Keadaan” - Pasangan Suami Isteri Tampil Perjelas Kes Fitnah Pemandu Lori Mabuk, Rupa-Rupanya...

BACA: "Kesian Pakcik Tu Tahan Sakit, Dia Difitnah" - Video Tular Kemalangan, Pemandu Treler Bukan Mabuk Tapi Alami Serangan Jantung...