"Kalendar Ni Boleh Buat Pasangan Saya Cemburu" - Komen Netizen Bila Syafiq Kyle Muncul Kit Planner 2019

Elrafaei Sapi
Disember 4, 2018 14:00 MYT
Dulu kebiasaannya artis muncul dengan kad raya tapi sekarang pelakon popular, Syafiq Kyle pula tampil dengan diari muka sendiri.
Merujuk pada satu video bersama status yang dimuat naik pelakon itu di Instagramnya, @syafiqkylez hari ini dia memperkenalkan kit planner tahun 2019 yang istimewa buat peminatnya.
Dalam kit tersebut mengandungi kalender, buku nota, pen dan nota pelekat.
"Kalau nak tahu, kit planner 2019 yang baru je released ni cukup sesuai untuk digunakan sepanjang tahun sebab ada kalendar, notebook, pen dan sticky notes.
"Jadi, secara tak langsung kit serba lengkap ni dapat memudahkan proses perancangan sebarang aktiviti korang nanti," katanya dalam status tersebut.
Bagi peminat pelakon yang popular dengan drama bersiri Tanah Kubur itu, mereka tentunya teruja untuk mendapatnya kit planner 2019 tersebut.
"Minat sangat kan tengok @syafiqkylez beli la... boleh tahun depan setahun tengok dia," kata netizen yang dikenali sebagai @arnieazhar.
Begitu juga, netizen @najiha.jaafar berpandangan kit istimewa itu boleh dijadikan tatapan sebelum tidur.
"Kalendar ni boleh buat pasangan saya cemburu, silap hari bulan dia tampal gambar dia," kata netizen @haleena_hanzalah.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @syafiqkylez
#Syafiq Kyle #Tanah Kubur