Pelakon Hafreez Adam akui dia masih solo dan belum ada pengganti selepas pertunangannya dengan Zara Zya terputus di tengah jalan pada Januari lalu.
Menurut Hafreez, sejak putus tunang dia terlalu sibuk dengan penggambaran drama serta urusan perniagaan miliknya.
BACA: “Ibu Saya Dah Jumpa BF Baru Zara Zya”- Hafreez Adam
“Saya belum ada pengganti atau sesiapa di hati. Jujur dari sebelum putus tunang pun jadual lakonan saya penuh sehingga sekarang.
“Jadi saya tak sempat berjumpa dengan sesiapa lebih-lebih lagi kita pun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Tambahan pula saya juga sibuk dengan satu lagi cawangan restoran saya di Shah Alam yang baru sahaja dibuka,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Hafreez lagi, dia tidak serik untuk bercinta lagi cuma akan lebih hati-hati sebelum melangkah ke tahap lebih serius seperti pertunangan.
“Saya tak trauma atau apa untuk bercinta lagi, cuma kali ini saya akan lebih hati-hati dan teliti sebelum membawa hubungan itu lebih jauh.
“Saya rasa, saya perlu mengenali seseorang itu luar dan dalam sebelum melangkah ke peringkat lebih serius,” katanya lagi.
Hafreez pernah bertunang dengan Zara pada 12 Oktober tahun lalu, namun, ikatan itu hanya bertahan tiga bulan.
Pasangan yang berkenalan ketika berganding dalam drama Monalisa pada 2017 itu sepatutnya mendirikan rumah tangga, Oktober depan.
Mengenai perkembangan lain, Hafreez baru sahaja tamat penggambaran drama episod untuk RTM dan kini sedang memberi fokus kepada perniagaan restoran Dinner Cher Kuey Teow Abe yang terletak di Enjoys Corner Desa Melawati dan Shah Alam.
Syafiqah Jalal
Sun Jul 26 2020
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.