Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Kali Kedua Panggil Nama, Kali Ketiga…” - Ozlynn Kongsi Tips Anak Senang Bangun Sahur

Mya Amri 03/04/2022 | 05:30 MYT
Sebagai seorang ibu, pelakon Ozlynn juga tidak terlepas berdepan dengan ragam anak ketika hari pertama puasa.

Lebih-lebih lagi apabila tiba waktu kejutkan anak-anak untuk bangun bersahur, silap hari bulan memang boleh menguji kesabaran kan?

Bagaimanapun Ozlynn mempunyai cara atau tips tersendiri yang ingin dikongsi kepada pengikutnya.

1. Selain dari kejut bangun dengan cara lembut, sentuhan mak atau ayah… Kali kedua panggil nama, kali ketiga dah ada tepukan di peha ya. Kali keempat “guys bangun dah nak azan!”

2. Pastikan anak-anak cukup tidur supaya tak cranky masa sahur.

3. Makanan sahur dah siap tersedia.. budak-budak ini kan, dorang walaupun satu minit sangat berharga waktu tidur dorang. Kadang kita kejut adik, abang yang dah bangun amik kesempatan membuta balik. Alasan tunggu adik.

Tambah Ozlynn lagi, peranan dan kerjasama antara suami isteri juga memainkan peranan penting dalam keluarga.

“Jadi apa pun yang penting peranan mak ayah tu sendiri. Kalau mak duk sediakan sahur, ayah kena lah bantu kejutkan anak-anak.

“Suruh depa basuh muka, gosok gigi. Dapat depa mandi awal pun bagus baru segar. Lepas sahur tak adalah terus tidur, standby Subuh,” kongsinya.

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Dalam pada itu, Ozlynn juga menggalakkan ibu bapa melatih anak untuk berpuasa namun bukan dengan cara paksaan.

“Tapi tips yang paling berguna tiga minggu sebelum datangnya Ramadan, latih lah anak-anak untuk berpuasa.

“Tak apa bagi sahaja semangat nanti dorang jadi biasa. Tak larat jangan paksa yang penting ajar dan dorang pun ada usaha,” coretnya.

#Anak #Tips #Sahur #Ozlynn #Tips Anak Bangun Sahur
;