Laman Utama

Kali Ketiga Diserang Covid-19, Liza Hanim Reda Suara Terkesan – “Masih Boleh Menyanyi Cuma…”

gempak
Syafiqah Jalal
09/06/2023
11:13 MYT
Sponsor Banner
Kali Ketiga Diserang Covid-19, Liza Hanim Reda Suara Terkesan – “Masih Boleh Menyanyi Cuma…”
Penyanyi Liza Hanim akui virus Covid-19 yang sudah menyerang dirinya sebanyak tiga kali secara tidak langsung telah memberi kesan berbeza kepada kualiti suaranya.
Kata Liza atau nama lengkapnya Haliza Hanim Abdul Halim, 44, dia kini perlu membuat latihan dan senama untuk menjaga pernafasan dan stamina yang terkesan akibat jangkitan virus berkenaan.
“Saya akui kali ketiga terkena Covid-19 pada Syawal lalu memang agak teruk. Dua hari saya terlantar di rumah namun masih bersyukur kerana tidak sampai tahap perlu mendapat rawatan di hospital.
“Perbezaan pada suara pula saya boleh kata kesan itu lebih kepada pernafasan dan stamina saya. Saya cepat penat.
“Jadi untuk atasinya itu saya perlulah bersenanm yang berpadan dengan usia saya juga.
“Saya masih boleh menyanyi Cuma tak dinafikan struggle tu ada dan bez aitu ada. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana tiada apa atau sesiapa untumk saya buktikan sekarang.
“Saya akan menyanyi mengikut kemampuan serta sesuai dengan usia saya kini,” katanya kepada Astro Gempak.
Pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu ditemui Gempak selepas Sidang Media Konsert P. Ramlee - Signature A Mninor 7 yang menampilkan dirinya serta Sean Ghazi sebagai penyanyi utama.
Apabila ditanya tidakkah Liza bimbang akan perubahan suara atau penyampaian nyanyiannya kini, ibu kepada lima orang cahaya mata itu reda dan berserah kepada Maha Esa.
“Nak kata risau tu…apa saya boleh kata saya terima. Kerana pertama tahun ini pun usia saya bakal cecah 44 tahun dan apa-apa pun usia saya akan meningkat. Jadi perubah itu tetap akan berlaku.
“Saya tak boleh risau dengan perkara yang normal. Kulit pun makin lama akan berkedut tapi saya tetap bersyukur kerana masih lagi boleh menyanyi.
“Kalau dah tiba masa saya tak boleh menyanyi saya kena terimalah. Selagi dapat keizinannya saya teruskan sahaja,” ujarnya.
Mengulas mengenai Konsert P. Ramlee – Signature A Minor 7, Liza memberitahu dia sangat teruja apabila diberi peluang untuk menjadi sebahagian projek itu.
“Nama P. Ramlee sangat dekat dengan diri saya memang dari kecil lagu-lagunya menjadi kesukaan saya serta paling penting saya banyak belajar menyanyi dari lagu-lagu serta karyanya.
“Jadi apabila diberi pelaung ini saya sangat terharu dan teruja untuk melakukannya sebagai salah satu juga penghargaan saya buat seniman agung ini,” kongsinya lagi.
Konsert P. Ramlee - Signature A Minor 7 akan dipersembahkan di Stage 1, PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya; pada 7 Julai 2023 (Jumaat) & 8 Julai 2023 (Sabtu), bermula jam 8.30 malam. Harga tiket adalah RM125.00 (atas), RM155.00 (biasa) dan RM205 (premium). Untuk sebarang pembelian tiket boleh beli di halaman www.onetix.com.my atau boleh hubungi Ann Nurbaya di 019-330 8133 dan/atau Wani di 013-628 7485 sekiranya membeli tiket secara pukal (10 tiket ke atas).
Ikuti perkembangan tentang Konsert P. Ramlee - Signature A Minor 7 di laman rasmi PH7 Production Management Sdn. Bhd.; Instagram @ph7.productionmanagement dan Facebook @ph7productionmanagement serta hashtag #KonsertSignatureAMinor7
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024