"Kali Ni Alahan Teruk" - Mawar Rashid Hamil Lagi, Tak Sempat Buat Barbie Challenge

Amri Hassan
Jun 14, 2020 12:39 MYT
Pelakon Mawar Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua.
Perkara itu dimaklumkan Mawar menerusi akaun Instagramnya pada Ahad.
"Alhamdulillah.. Syukur.. doakan baby kedua Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.
"Doakan Mawar juga tau.. kali ini alahan teruk sikit. Itu yang slow sikit online.
"Ramai request buat Barbie Challenge, tapi tak larat. Sorry gais.
"Banyak lagi nak buat challenge lain tapi semua tergendala. doakan alahan cepat clear... loya teruk kali ni," katanya.
Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.
#Hamil #Hamil #Mawar Rashid #Raf Yaakob