Pelakon Amar Baharin berkongsi gambar anak perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan pada 1 Februari lalu.

Amar atau nama sebenarnya, Amar Mohd. Baharin, 35, merakamkan gambar tersebut pada hari ketiga kelahiran anaknya yang dimuat naik di Instagram.

"Hari ke-3 - Dari sudut pandangan Daddy," tulis Amar di ruangan kapsyen.

Biarpun gambar tersebut diambil pada jarak jauh, paparan imej bayi yang sedang dalam keadaan lena itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Day 3 ? - Daddy’s Point Of View

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on


Rata-rata memuji kecomelan wajah bayi perempuannya yang masih belum didedahkan namanya lagi.

"Tak sabar nak tengok dia buka mata,

"Okay kali ni giliran ikut muka Amyra pulak.

"Comelnya...," tulis sebahagian komen pengikutnya.





Terdahulu, menerusi akaun Instagram anak keduanya itu, @amyramarjr2020, pasangan tersebut turut berkongsi sepotong video yang turut memaparkan wajah anaknya itu.

Assalamualaikum ? . . 01 February 2020

A post shared by @ amyramarjr2020 on



Amar dan Amyra menyambut kelahiran anak keduanya pada 1 Februari lalu.

BACA: "Baby Sihat & Isteri Juga Selamat" - Dapat Baby Girl! Amyra Rosli & Amar Baharin Timang Anak Kedua

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun.