“Kali Terakhir Arwah Abang Yazit Pergi Menonton Konsert Aku…”- Awie

Syafiqah Jalal
September 27, 2019 11:30 MYT
Vokalis Wings, Datuk Awie mengimbau kenangan bersama pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad yang menghadap Ilahi pada pagi semalam.
Awie menerusi Instagram memuat naik foto bersama arwah ketika kali terakhir bertemu di Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Mei 2019.
“Kali terakhir arwah Abang Yazit pergi menonton konsert aku... Konsert Laksamana Metal di PWTC.
“Abang Yazit dalam kenangan... We miss u bang... Aku doakan kau tenang dan happy di sana bang... Al-fatehah,” tulisnya di dalam kapsyen.
Menerusi foto tersebut, Awie sedang menyambut Yazit dalam pelukannya sambil disaksikan oleh ahli kumpulan Wings yang lain.
Foto itu mendapat perhatian pengikutnya yang turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga arwah Yazit.
BACA: Pemain Dram Lagenda, Yazit Search Meninggal Dunia
Yazit Ahmad, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 11.53 pagi semalam.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.
#Konsert #Yazit Search #Konsert #Awie Wings