Penyanyi, Syura Badron, 36, menyatakan rasa syukur dengan kendungannya yang kini memasuki usia lima bulan.
Kata Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, kehamilan kali ini dirasakan seperti kehamilan pertamanya memandangkan kali terakhir hamil adalah pada 11 tahun lalu.
“Kami baharu berkahwin pada Januari lalu, alhamdulillah saya tak sangka dikurniakan rezeki anak seawal ini.
“Iyalah, kali terakhir hamil saya adalah 11 tahun lepas, anak bongsu saya pun sudah 11 tahun, jadi perasaan itu agak kekok seperti sedang hamil anak pertama.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kehamilan kali ini tidak mengalami sebarang alahan teruk. Cuma saya sering sakit seperti hari ini saya sakit tekak dan juga selalu demam,” katanya ketika ditemui Gempak.
Kata Syura lagi, dia dijangka melahirkan anak pada Mac tahun depan.
“Tarikh jangkaan adalah pada tahun hadapan dan saya berharap segala proses kelahiran anak ini nanti berjalan dengan lancar.
“Sejujurnya saya ada rasa gementar juga, ialah sudah lama tidak bersalin, tapi mudah-mudahan semuanya dipermudahkan,” ujarnya.
Terdahulu, Syura dan Muhd Farizat berkahwin pada 22 Januari lalu selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.
Ini adalag perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Mya Amri
Wed Nov 30 2022


Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...

“Syamsul Adalah Aset, Saya Harap Dia Kembali Ke Skop Productions” - Yusof Haslam
Doakan terbaik