Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kali Terakhir Hamil 11 Tahun Lalu, Ada Rasa Sedikit Kekok…”- Syura Syukur Tak Alami Alahan Teruk

Mya Amri
30/11/2022 14:48 MYT
Penyanyi, Syura Badron, 36, menyatakan rasa syukur dengan kendungannya yang kini memasuki usia lima bulan.

Kata Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, kehamilan kali ini dirasakan seperti kehamilan pertamanya memandangkan kali terakhir hamil adalah pada 11 tahun lalu.

“Kami baharu berkahwin pada Januari lalu, alhamdulillah saya tak sangka dikurniakan rezeki anak seawal ini.

“Iyalah, kali terakhir hamil saya adalah 11 tahun lepas, anak bongsu saya pun sudah 11 tahun, jadi perasaan itu agak kekok seperti sedang hamil anak pertama.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kehamilan kali ini tidak mengalami sebarang alahan teruk. Cuma saya sering sakit seperti hari ini saya sakit tekak dan juga selalu demam,” katanya ketika ditemui Gempak.

Kata Syura lagi, dia dijangka melahirkan anak pada Mac tahun depan.

“Tarikh jangkaan adalah pada tahun hadapan dan saya berharap segala proses kelahiran anak ini nanti berjalan dengan lancar.

“Sejujurnya saya ada rasa gementar juga, ialah sudah lama tidak bersalin, tapi mudah-mudahan semuanya dipermudahkan,” ujarnya.

Terdahulu, Syura dan Muhd Farizat berkahwin pada 22 Januari lalu selepas lima tahun mengenali hati budi masing-masing.

Ini adalag perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Irfan Aryan, 11 tahun.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
#Hamil #Syura Badron #Syura
;