Hiburan

“Kali Terakhir Saya Jumpa Pada...”- Mark Adam Risau Keadaan Ibu Di Filipina

gempak
Asraf Aided
28/07/2020
12:40 MYT
Sponsor Banner
“Kali Terakhir Saya Jumpa Pada...”- Mark Adam Risau Keadaan Ibu Di Filipina
Penyanyi popular, Mark Adam akui risau dengan keadaan ahli keluarga terutama ibunya, Florinda Macaraig Echivarre, 60 di Cebu, Filipina berikutan penularan wabak COVID-19.
Menurut Mark, dia sentiasa berhubung dengan ahli keluarga di sana bagi mengikuti perkembangan dan tahap kesihatan mereka.
"Saya sangat risaukan keadaan ibu dan adik-beradik di Filipina. Sekarang, saya selalu menghubungi mereka untuk bertanya khabar dan meminta mereka untuk sentiasa menjaga kesihatan.
"Kali terakhir saya jumpa ibu pada Januari lalu, dia sahajalah tempat saya menumpang kasih sayang selepas kehilangan ayah.
"Saya sentiasa risau dan berdebar kerana tidak dapat kesana berjumpa dengan ibu saya, apa yang boleh dilakukan setakat ini adalah sentiasa menghubunginya menerusi panggilan video," katanya.
Mark berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaru berjudul Teh Terakhirku di Strand Mall, Petaling Jaya sebentar tadi.
Lagu tersebut turut menampilkan pelawak Shuib dan bintang muda Zynakal.
Tambah Mark, sejak ibunya berpindah ke rumah baru yang dibelinya di Jugan, Cebu, dia berasa sedikit lega kerana kawasan perumahan itu tidak sesak berbanding rumahnya yang terdahulu.
"Selalunya setiap hari Ahad ibu akan keluar berjalan tapi krisis COVID-19 semakin teruk, dia sudah tidak lagi keluar seperti dahulu.
"Mujurlah ada adik-beradik saya yang boleh jagakan ibu di kampung. Sehingga hari ini saya tak putus berdoa agar ibu dijauhkan daripada wabak itu," tuturnya menutup bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024