Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kalut Pack Barang Nak Pergi Vacation, Netizen Get Ready Nak Tengok Wajah Bilal!

Shahrin Zulkifle
11/10/2022 02:58 MYT
Sebelum ini selebriti popular Neelofa memberitahu peminat akan dapat melihat wajah penuh anaknya, Muhammad Bilal tidak lama lagi.

Menerusi satu temubual bersama bekas pengacara rancangan MeleTop itu, dia akan membawa anaknya pergi bercuti dan mulai saat itu dia tidak lagi ‘menyorokkan’ wajah Bilal.

BACA: Peminat Bakal Lihat Wajah Bilal Tak Lama Lagi, Neelofa Mahu Bawa Anak Bercuti – “Tidaklah Saya Nak Tutup Kalau Orang Ternampak”

Terbaharu, menerusi perkongsian di IG Story, Neelofa dilihat sedang mengemas pakaian dan beberapa peralatan sebagai persiapan untuk pergi bercuti bersama anaknya.

“Mengemas untuk percutian pertama saya dengan Bilal,” tulisnya ringkas pada hantaran tersebut.

Malah, menerusi satu lagi hantaran di entri yang sama, turut dilihat Bilal sedang sibuk ‘membantu’ ibunya yang sedang mengemas.

Hal ini membawa maksud, peminat Neelofa pastinya akan dapat melihat wajah bayi berusia lapan bulan itu dalam masa terdekat.

Untuk info, Neelofa telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pendakwah bebas, Hariz Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

#Neelofa #Muhammad Bilal #PU Riza