Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kamal Adli Jawab Foto Babak Bersalin Pakai Seluar – “Behind The Scene Memang Kita Tutup Aib, Banyak Camera Angle…”

Fiza Kamarudin
27/10/2020 07:02 MYT
Pelakon Perempuan Tanpa Dosa, Kamal Adli menerusi laman sosial Twitternya, menjawab ciapan seorang warganet yang berkongsi beberapa keping foto babak dalam drama bersiri tersebut.

Terdahulu, seorang pengguna twitter telah berkongsi foto Uqasha yang memegang watak sebagai Lily sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak dan dibantu oleh Usu Sakinah (Uyaina Arshad).

Namun, menerusi foto yang dikongsi Lily kelihatan seperti sedang dalam proses bersalin tetapi seluar tidunrnya tidak ditanggalkan.

Warga twitter mula meninggalkan pelbagai komen termasuk mengkritik pihak produksi drama yang kononnya tidak peka dengan situasi sebenar ketika bersalin.



Bagaimanapun Kamal yang memegang watak sebagai Rizal dalam drama tersebut telah menjawab segala persoalan warga twitter sekaligus menutup semua spekulasi.

“Ni tengah behind the camera and scene..Tunggu siap Ok…Behind the scene memang kita tutup aib dan banyak kamera dari semua arah.

“Muka berdarah semua tu korang tunggu scene siap Ok?,” katanya sambil menulis ‘Hugging Face’ di hujung kenyataan.


Apa pun ada benarnya kenyataan Kamal itu, bayangkan jika Uqasha tidak memakai seluar ketika angle tertentu dirakam sudah tentu banyak bahagian yang tidak sepatutnya terdedah.

Sabarlah warganet, jangan cepat sangat buat telahan!

Perempuan Tanpa Dosa ialah sebuah siri drama adaptasi novel arahan Micheal Ang dibintangi oleh Kamal Adli,Uqasha Senrose,Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin .

Drama adaptasi karya tulisan Fatinilam Sari Ahmad ini bersiaran setiap hari Isnin sehingga Khamis di Astro Ria, saluran 104 bermula jam 10 malam.

Turut membintangi drama ini ialah Yusuf Bahrin (Rahman), Zac Zaky (Eddie), Hilal Azman (Datuk Majid), Shaza Bae (Yaya), Azza Elite (Kak Habsah) dan ramai lagi.

#Kamal Adli #Kamal Adli #Perempuan Tanpa Dosa
;