Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Kamal Adli Syukur Drama Dia Imamku Beri Impak Besar - “Pergi Kemana Saja Sekarang Ini Semua Orang Panggil Saya Budin”

Khairil Khusyairi 15/05/2025 | 09:27 MYT
Pelakon, Kamal Adli, tidak menyangka watak Budin lakonannya dalam drama Dia Imamku menjadi fenomena di kalangan peminat drama tanah air.
Menurut Kamal, dia mengakui watak Budin tersebut memberi impak positif kepada kerjaya lakonannya.

“Saya tak sangka watak Budin viral di media sosial, ramai penonton yang boleh rasa sama ada ia dekat dengan penonton atau sebaliknya.

“Banyak sangat maklum balas, impak dia sampai semua orang panggil saya Budin. Kebanyakkan semua dah panggil saya Budin, bukan Kamal dah.

“Budin itu lagi besar daripada Kamal Adli sekarang,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, Kamal bersyukur lakonannya berjaya memikat hati penonton sehingga wujud kumpulan penyokong iaitu ‘Team Budin’ di media sosial.
“Dari segi lakonan, saya gembira. Banyak watak yang lebih besar saya galas sebelum ini tetapi watak Budin ini sangat hit sekaligus pikat hati penonton.
“Mungkin juga ramai yang menunggu drama bergenre begini, saya dah banyak lakonkan watak yang lebih berat tetapi watak Budin ini juga yang ramai suka. Ia rezeki buat saya.
“Saya banyak tonton sedutan drama di media sosial, seronok bila ada peminat cipta ‘team Budin’ dan ‘team Maira’,” kongsinya teruja.
Kongsi Kamal lagi, dia kini lebih banyak mendapat panggilan dengan nama Budin berbanding nama sebenarnya.
“Kehidupan sekarang saya banyak dipanggil dengan gelaran nama Budin. Saya kena hadap ini mungkin sampai mereka jumpa Budin lain.
“Saya gembira bila ke mana saja saya pergi semua orang panggil Budin, tak pernah lagi orang panggil Kamal.
“Watak Budin ini sangat kuat untuk semua orang,” katanya yang bergandingan dengan pelakon, Siti Saleha.
Jangan ketinggalan drama Dia Imamku, setiap Isnin-Khamis, 10 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One & Sooka!

#Kamal Adli #Watak #Budin #Dia Imamku