Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kami Ada 5 Cara Untuk Buat Duit Walaupun Anda Bukan Pemain eSport Yang Kompetitif

Badrul Hashim
26/10/2018 09:19 MYT
eSport adalah sukan permainan atas talian yang diiktiraf dan di Malaysia juga sedang dalam proses pesat membangun. Ramai yang bermain secara kompetitif tetapi ada juga yang secara suka-suka. Walaupun bukan cara yang mudah, kami ada lima cara untuk anda yang berminat dengan esport untuk buat duit.

1. Bertugas Sebagai Kru

Jika anda benar-benar berminat dengan permainan atas talian, anda boleh memohon untuk menjadi kru apabila ada pertandingan besar-besaran. Sekurang-kurangnya anda sudah ada pengetahuan asas tentang esport.

2. Buat Ulasan eSport di YouTube

Perkara paling mudah adalah bila anda buat ulasan tentang sesuatu pertandingan esport di YouTube. Tapi pastikan anda perbanyakkan follower dengan mencipta nama yang unik. Pastikan juga anda bukakan ulasan anda untuk iklan. Jadi ada dua pendapatan di situ, melalui hit yang anda dapat dan juga pengiklanan.

3. Buat Tutorial Permainan eSport

Anda tidak perlukan pengalaman! Anda boleh buat carian untuk mendapatkan tips untuk tutorial anda. Tutorial juga boleh dibuat di YouTube atau pun di blog and sendiri. Jika di blog, pastikan juga anda membenarkan periklanan untuk mendapatkan bayaran.

4. Mencuba Permainan Atas Talian Untuk Syarikat Pengeluar

Anda boleh juga menjadi orang yang mencuba permainan atas talian yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat berkenaan. Bayarannya mungkin tidak banyak tapi anda hanya perlu menghabiskan masa bermain permainan atas talian dan memberikan cadangan kepada syarikat berkenaan.

5. Cipta Permainan Atas Talian Anda Sendiri

Jika anda benar-benar kreatif, ini adalah cara yang paling cepat untuk membuat duit yang banyak. Bukan suatu perkara yang mudah, tetapi tidak mustahil.


Oleh kerana itulah ACE membawakan ACE Synergy untuk memupuk semangat dan memberikan panduan kepada para pelajar daripada Malaysia dan Singapura tentang eSport. ACE Synergy 1 membawa tema ‘Memperkembangkan senario eSport Daripada Permulaan Asas’.

ACE Synergy seterusnya dijadualkan berlangsung pada awal Januari, 2019.

ACE dibawakan khas oleh KFC Value Bowls.

Anda boleh memilih empat jenis KFC Value Bowls mengikut citarasa tersendiri. Anda boleh menikmati KFC Hot & Spicy Zinger Chunks sepuas-puasnya dalam setiap hidangan KFC Value Bowls ini!

Sukakan Sesuatu Yang Ringkas?



KFC Original Go Bowl ini sesuai untuk anda yang lebih sukakan keringkasan! Anda boleh menikmati KFC Hot & Spicy Zinger Chunks berserta sos dan ‘chilli flakes’ yang enak!

Mahukan Sesuatu Yang Lebih Hebat?



KFC Loaded Go Bowl ini sesuai untuk anda! Nikmati kentang goreng yang rangup bersama KFC Hot & Spicy Zinger Chunks berserta mayonis bersama KFC Cheezy Sauce. Hidangan ini ternyata mampu memberi kepuasan dalam hanya satu bekas!

Suka Sesuatu Yang Mencabar?



KFC Curry Lava Rice Bowl adalah apa yang anda perlukan! Nikmati limpahan kuah kari bersama Colonel Rice yang memberi aroma menggiurkan. Pada masa yang sama, anda dapat menikmati KFC Hot & Spicy Zinger Chunks yang digabungkan sekali dalam hidangan ini.

Sukakan Sesuatu Yang Berkrim Dan Penuh Letusan Rasa?



Hidangan KFC Loaded Potato Bowl ini adalah sesuatu yang anda cari selama ini! Segalanya tersedia dalam satu bekas. Anda boleh menikmati kentang putar penuh berkrim, jagung manis kernel, KFC Hot & Spicy Zinger Chunks berserta KFC Cheezy Sauce dan mayonis yang jelas memberi kenikmatan kepada anda!

Kesemua hidangan KFC Value Bowls ini memberi kemudahan tidak kira dimana anda berada. Sekarang, tidak perlu risau lagi jika anda tergesa-gesa ke kelas, asyik bermain permainan video atau tidak cukup masa untuk makan kerana hidangan ini dapat dinikmati dengan sangat mudah dan cepat!

Harga untuk semua hidangan ini bermula dari RM 3.70, sangat berpatutan dan bersesuaian dengan bajet perbelanjaan harian pelajar, apa tunggu lagi? Dapatkannya di restoran KFC berhampiran!
#Advertorial
;