gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Emma Maembong Nampak Makin Berseri Di Sisi DJ Kidd, Netizen Doakan Yang Baik-Baik - “Comel Pula Dorang Ni, Amboi Pandang Tak Lepas Tu”
HIBURAN
"Neraka Dah Kosong, Semua Syaitan Ada Di Ruangan Komen" - Ibu Puteri Balqis
HIBURAN
Cik Epal Lebih Tenang Selepas Bergelar Ibu Tunggal - “Tak Ada Gangguan Lain Yang Nak Buat Kita Overthinking”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Kami Ada Mesej Tapi…” - Adira Buka Mulut Isu Bella Astillah & Sophia Albarakbah

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
05/08/2025
02:35 MYT
Sponsor Banner
“Kami Ada Mesej Tapi…” - Adira Buka Mulut Isu Bella Astillah & Sophia Albarakbah
Selepas berlaku kekecohan di media sosial berhubung isu pelakon, Bella Astillah dan Sophia AlBarakbah di sebuah majlis hiburan, penyanyi Adira Suhaimi akui ada menghubungi teman baiknya itu.
Menurut Adira, dia menghubungi Bella untuk memberikan kata-kata semangat kepada pelantun lagu Lebih Baik Berpisah itu.
“Betul, kami ada berhubung. Semalam (Ahad), saya ada hantar mesej kepada dia. Tapi rahsia lah, tak boleh beritahu apa yang dibualkan.
“Tapi saya sentiasa beri dia kata-kata semangat. Kalau dia gembira, kita pun tumpang bahagia. Kalau dia sedih, kita sama rasa sedih juga.
“Tapi apa yang saya mampu buat, saya akan terus doakan yang terbaik untuk dia, insyaAllah,” katanya kepada Gempak.
Meskipun sentiasa memberi sokongan kepada sahabatnya itu, pelantun lagu Ku Ada Kamu itu tidak mahu mengulas mengenai insiden yang berlaku terhadap Bella.
“Tapi kalau kita tengok, Bella dia kuat. Sangat kuat. InsyaAllah kita doakan agar dia okey sahaja. Apapun macam saya cakap tadi, kalau boleh, saya tak nak masuk campur lebih-lebih tapi saya sentiasa doakan Bella Supaya dia sentiasa bahagia, insyaAllah.
“Berkenaan perkara lain (kemelut antara Bella dan Sophia), saya tak boleh nak komen,” ujarnya ketika ditemui pada sesi latihan akhir Konsert Tentang Cinta pada Isnin.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, didakwa bertindak tidak profesional ketika menyampaikan trofi Selebriti Feminin Terhangat kepada Sophia AlBarakbah pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025, Ahad lalu.
Insiden itu mencetuskan semula kisah silam yang mengaitkan Sophia sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga Bella bersama bekas suami, Aliff Aziz.
Menurut pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq, wanita itu masih mengalami trauma akibat pengalaman lalu yang menyakitkan hati dan sukar dilupakan.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 sebelum disahkan bercerai pada 13 Jun 2023. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Topic Berkaitan
#Bella Astillah
#Adira Suhaimi
#Sophia Albarakbah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement