"Kami Adalah Dua Orang Yang Berbeza" - Blog Salah Guna Foto Disangka Zarina Anjoulie, Lufya Naik Angin!

Amri Hassan
Disember 3, 2018 12:46 MYT
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar berang dengan tindakan sebuah blog menyalahgunakan gambarnya merujuk kepada wajah pelakon Zarina Anjoulie.
Kata Lufya, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fotonya tidak dipadamkan.
"Fya tak pernah sibuk menilai orang lain, aibkan orang sana sini, cari gaduh dengan orang, buat video negatif, tidak menjaga tepi kain orang lain.
"So please kalau orang lain bagi statement tapi pakai gambar orang lain, that's so not right.
"Sebelum fitnah ini tersebar luas dan tindakan undang-undang diambil, please remove my picture and story merepek ini di mana-mana blog atau media sosial.
"Kami adalah dua orang yang berbeza," tegasnya.
Lufya juga menjelaskan dirinya bukan artis yang dimaksudkan dalam kontroversi yang mula tercetus antara Zarina Anjoulie dan Natasha Hudson beberapa hari lalu.
"Kami adalah dua orang yang berbeza. Saya tak suka dikaitkna dengan orang yang negatif!
"Maaf sebab ini agak keterlaluan," tambahnya.
#Lufya Omar #Viral #Viral #Zarina Anjoulie