,
Hiburan

“Kami Akan Bantu Beri Rumah Selesa Dan Baiki Kereta To’Ki” – PPZ-MAIWP

Fiza Kamarudin
03/07/2020
10:30 MYT
Selepas kisah hidup penyanyi era 1990-an, To'ki, 53, menjadi perhatian Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tampil menghulurkan bantuan.
Perkara tersebut dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff menerusi sebuah hantaran di laman sosial Facebook (FB)nya.
Ahmad Shukri berkata dia dan pasukannya menziarahi To,ki pada tengahari Rabu lalu, disamping menawarkan sedikit bantuan kepada penyanyi tersebut dan isteri.
“Alhamdulillah baru sahaja selesai menziarahi penyanyi dan pengkarya muzik, To’ki di pondoknya tengahari tadi. “Saya bersama sahabat dari @501awani , Raja Hisyam dan sahabat baik To’ki, saudara Baim bertanya khabar di samping menawarkan sedikit bantuan kepada To’ki dan isteri,” tulisnya.
Tambah Ahmad Shukri lagi PPZ-MAIWP juga akan cuba membantu menyediakan rumah dan bantuan-bantuan lain kepada To’ki dan isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48.
“Kami di PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ (CSR) akan cuba membantu menyediakan rumah yang selesa untuk To’ki dan isteri beristirehat selain bantuan-bantuan yang lain.
“Semoga dengan bantuan ini, To’ki dapat terus berkarya dan menghiburkan semua peminatnya,” katanya. Bagaimanapun kata Ahmad Shukri, penyanyi Lagu Seni Berzaman itu berat hati untuk berpindah kerana pondok itu menjadi tempat mencari ilham dan inspirasi dalam berkarya.
"Pasukan saya akan mencari rumah berdekatan agar To'ki boleh kembali ke pondok pada bila-bila masa untuk berkarya," katanya yang memberi tempoh seminggu bagi mendapatkan rumah baharu untuk To'ki.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya akan menyediakan kelengkapan seperti peti sejuk, meja makan dan mesin basuh untuk pasangan itu.
Bagi memudahkan To'ki untuk berulang-alik ke pondoknya, pihaknya membantu membiayai kos baik pulih kereta To'ki. "Kereta To'ki tersadai di bengkel kerana tidak ada wang untuk membayar kos pembaikan. Kami berjanji untuk membiayai kos itu bagi memudahkan beliau bergerak," katanya.
Ahmad Shukri berkata, pihaknya juga menghadiahkan komputer riba kepada isteri To'ki yang aktif dalam bidang penulisan kreatif.
"Melihat keadaan isteri To'ki yang ditimpa kemalangan, kami akan hadiahkan tongkat dan kerusi roda buatnya," katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.
Artikel Berkaitan:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
Viral

Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

gempak
30/06/2024
15:49 MYT
Pempengaruh Islamik, Alif Teega akhirnya tampil bersuara susulan dakwaan dikaitkan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma demi kepentingan peribadi.
Berita

PM Hulur Sumbangan Kepada Azlee Senario

gempak
12/06/2024
01:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung sebelum ini.
Unitar