Pelakon Memey Suhaiza meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi percutiannya bersama keluarga yang turut disertai keluarga Abby Abadi.

Menerusi laman sosial Instagram, Memey memuat naik foto keluarga besarnya untuk tatapan umum.

“From Teluk Chempedak with love. Alhamdulillah dapat luang masa dengan keluarga Johor, keluarga mertua kat Kuantan, keluarga besar saya juga.

From teluk chempedak with love❤️ alhamdulillah dapat luang masa dgn keluarga johor?, Keuarga mertua kat kuantan? Keluarga besar sy juga...? kebetulan kakak sy @abby_abadi112 nk meniaga di terengganu so sempatlah jumpa makan2,lps rindu jap ngan anak semua? All the best mama abah bermusafir kat terengganu..semoga dipermudahkan n dilimpahkan rezeki.. org terengganu jgn lupa support k❤️

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

“Kebetulan kakak saya @abby_abadi112 nak meniaga di Terengganu so sempatlah jumpa makan-makan, lepas rindu kejap dengan anak semua. All the best mama abah bermusafir kat Terengganu. Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki. Orang Terengganu jangan lupa support,” tulis Memey menerusi ruangan kapsyen.

Namun apa yang menarik perhatian seorang wargamaya adalah soal pembahagian bayaran jika keluarga besar pergi bercuti.

Menurut Memey, perbelanjaan untuk percutian yang melibatkan keluarga besar perlulah dibahagi sama rata.

“Kami bayar sama-sama. Segala bil perbelanjaan jalan-jalan, makan, bercuti, berapa total tu nanti bahagi dua,” tulis Memey menjawab persoalan pengikutnya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut cukup mengagumi keluarga ini bercuti bersama-sama.



“Saya nampak keluarga awak bergelak ketawa tad ikat Teluk Cempedak lebih kurang pukul 6 petang tadi,” tulis seorang wargamaya.

“Stay safe, sama-sama doa untuk sesame kita. Moga Allah lindungi dari jangkitan segala wabak yang melanda,” doa seorang wargamaya.

“Seronoknya! Kalau tau tadi pegi jugak Teluk Cempedak. Boleh jumpa depan mata family besar yang happy sokmo,” komen seorang wargamaya.

“Indah tengok family ni. Moga sentiasa dibawah lindungannya,” tulis seorang wargamaya.

Norman Hakim dan Memey mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.