"Kami Bertunang Bulan Mac Lalu Di JB" - Kenal 3 Bulan, Soffwany & Raja Afiq Nak Kahwin Bulan Ogos, Tapi...
ZULHILMI JALIL
28/05/2020 04:41 MYT
28/05/2020 04:41 MYT
Bakal isteri pelakon Raja Afiq, Soffwany mendedahkan bahawa mereka sebenarnya sudah mengikat tali pertunangan pada Mac lalu dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Johor.
Menurut Soffwany atau nama sebenarnya, Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, dia membuat keputusan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius selepas tiga bulan berkenalan.
"Afiq yang mula DM (mesej peribadi) di Instagram. Waktu awal itu kami berborak banyak pasal kerja-kerja polis sebab dia minat nak tahu.
"Dari situ kami bertukar nombor telefon dan membuiat keputusan untuk bertunang pada pertengahan Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami ingin rahsiakan. Majlis pertunangan itu berlangsung di rumah keluarga saya di Johor Bahru," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Soffwany lagi, mengikut perancangan, dia sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan pada Ogos depan.
"Kami tak sangkalah pula akan ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat Covid-19. Kami pula memang tak buat persiapan awal-awal.
"Saya dah pernah jalani kursus kahwin, cuma, Afiq sahaja yang belum. Tengoklah macam mana nanti, sebab saya pun kena jalani prosedur permohonan lain memandangkan saya anggota polis," ceritanya.
Sebelum ini, Soffwany yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), pernah tular berikutan kelunakan suaranya mendendangkan lagu raya.
Bahkan, selain bergelar polis, Soffwany juga merupakan artis di bawah naungan SRC Records.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!