Penyanyi yang juga pasangan duet Khai Bahar, Fatin Husna selamat mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya, Luqmanul Haqim pada Sabtu lepas.

Berita gembira itu dikongsikan Fatin atau nama sebenarnya Fatin Husna Ibrahim, 24, menerusi satu entri di Instagram.

"Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri @luqmanul_93. Terima kasih yang hadir maaf kalau ada kekurangan dan juga pada yang tidak dijemput," tulisnya.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri @luqmanul_93 ?♥️ terimakasih yang hadir maaf kalau ada kekurangan dan juga pada yg tidak di jemput. sbb kami buat majlis nikah kecil2 sahaja.. in shaa Allah tahun dpn majlis saya akan jemput ? Doakan untuk kami smoga hbungan ini kekal ???

A post shared by #DANCINTAKU (@fatinhusna_95) on



Menurut Fatin, majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri saudara dan kenalan terdekat.

"Kami buat majlis nikah kecil-kecil sahaja. Insya-Allah tahun depan majlis saya akan jemput. Doakan untuk kami semoga hubungan ini kekal," tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Fatin turut berkongsi rakaman video pernikahannnya bersama usahawan itu.

"Selalu di mimpi mahupun realiti, kau lah yang ku nanti akhirnya ku miliki, terima kasih @luqmanul_93 sentiasa di sisi, semoga kita kekal ke akhir nanti," coretnya.

Sebelum ini pelantun lagu Rahsia Kita itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

BACA: Rakan Duet Khai Bahar, Fatin Husna Selamat Bertunang! Bakal Nikah Disember Ini

Difahamkan, pasangan tersebut mula menjalin hubungan cinta sejak 2016.