Hiburan

‘Kami Care Drive Thru Bubur Lambuk’ Anjuran Astro Radio Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

gempak
Asyikin Mayudin
03/04/2024
06:23 MYT
Sponsor Banner
‘Kami Care Drive Thru Bubur Lambuk’ Anjuran Astro Radio Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records
Buat julung kali, Astro Radio telah menerima anugerah ‘Stesen Radio Paling Banyak Dalam Pemberian Bubur Lambuk Secara Serentak’ oleh Malaysia Book of Records pada Selasa.
Pengiktirafan diberikan sempena penglibatan 13 stesen radio merentasi Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil secara serentak untuk pemberian bubur lambuk di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13 Shah Alam.
Penganugerahan ini disampaikan kepada Priya Dharshini, Pemangku Ketua, Astro Radio, oleh Mohamad Nazrul Hafizi Ahmad Fauzi, Eksekutif Akaun, Malaysia Book of Records.
Priya Dharshini, Pemangku Ketua, Astro Radio, berkata mereka membawa kemeriahan dan keberkatan bulan Ramadan dengan menyediakan 3,000 bubur lambuk untuk penduduk di Shah Alam.
“Dalam semangat memberi dan kebersamaan, kami gembira melihat semua stesen radio kami hadir bersama Astro Kasih, SYOK, sooka dan Adabi untuk membawa kemeriahan dan keberkatan Ramadan kepada 3000 penduduk di Shah Alam.
“Ramadan adalah masa untuk muhasabah, saling membantu dan merapatkan komuniti, dan kfami berharap usaha kolektif kami akan membuat perubahan bermakna dalam kehidupan setiap individu,” ujarnya.
Acara itu turut disertai seluruh penyampai radio dari 13 stesen radio termasuklah Nabil Ahmad, Radin, Pak Azad, Dina Nadzir, dan ramai lagi dengan memberikan bubur lambuk secara ‘drive thru’.

Perancangan Dibuat Dalam Tempoh Dua Minggu

Menurut Pengurus Kandungan Era, Azah Sahrin, perancangan untuk membuat aktiviti itu dilakukan hanya dalam masa dua minggu sahaja.
“Idea untuk membuat aktiviti ini dari perbincangan ramai-ramai dan kami merancang pun agak ‘last minute’ juga… hanya dalam tempoh dua minggu sahaja.
“Kami bekerjasama dengan pihak restoran Kueh untuk menyediakan bubur lambuk. Dari pukul 2 petang sudah berada di Masjid untuk persiapan bubur lambuk itu,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Neelofa Akui Ketidaksempurnaan Dalam Memberi Pandangan - “Bila Sentuh Ibu Bapa, Penjelasan Dalam Bab Agama Itulah Dia”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live