Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Kami Dah Buat Pemeriksaan & Hasilnya…” - 3 Tahun Kahwin, Mona Allen Akhirnya Bersedia Jadi Ibu?

Hanafis Haris 08/07/2021 | 11:11 MYT

Tempoh tiga tahun mendirikan rumah tangga bukanlah satu jangka masa singkat.

Namun, bagi pelakon Mona Allen, dia kini sudah pun membuka ruang dan bersedia untuk menggalas tanggungungjawab menjadi seorang ibu.

Menurut Mona, dia dan suami iaitu Pekin Ibrahim telah pun menjalani pemeriksaan kesihatan, baru-baru ini.

Hasil pemeriksaan itu, kedua-dua mereka dilihat tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan kesuburan.

"Kami sedang cuba, Insya-Allah kalau ada rezeki dalam tempoh PKP ni.

“Kami berdua pun dah buat check up dan so far so good, tiada masalah.

“Ye lah kami pun berkahwin dan cecah tahun ketiga, bila dah PKP ni rasa macam why not kami mencuba mana tahu ada rezeki,” katanya.

Jelasnya, doktor juga ada memberitahu kegagalan untuk menimang cahaya mata sebelum ini mungkin disebabkan beberapa faktor kesihatan lain.

"Doktor ada cakap mungkin sebelum ini tak lekat sebab saya tiada masa berehat, emosi pun tak stabil kerja sebagai pelakon.

“Doktor cakap kalau nak lekat at least kena satu atau dua bulan berehat betul-betul agar kita kena selalu rasa chill dan relax," katanya.

Sekadar info, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.

#Viral #Pekin #Ibu #Mona Allen #Zuriat #PKP Sambung
;