Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kami Dah Get Back Together"- Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Bertaut Kembali

Gempak
01/04/2023 07:17 MYT
Aktor Aedy Ashraf akui cintanya dengan pelakon jelita Amelia Henderson bertaut kembali selepas setahun tidak berjumpa.

Malah Aedy memberitahu kepada Kosmo mereka kini menjalinkan hubungan serius.

“Bagi saya, Amelia adalah kurniaan rezeki dalam kehidupan saya.

“Sebenarnya, lebih kurang setahun juga kami tak jumpa. Sekarang dah jumpa balik dan sekarang kembali rapat.

“Amelia seorang yang sangat baik dan saya tak nafikan, kami sekarang sangat rapat. Kami pun dah mengenali diri masing-masing lebih dua tahun.

“Saya tak tahu tentang dia, tapi saya memang serius pasal hal ini (mempunyai hubungan istimewa).

“Sebelum ini pun, macam kalian semua tahu, kami pernah jadi ‘kawan’ yang sangat istimewa. Senang cerita sekarang, kami dah get back together (dah kembali bersama),” katanya.

Tidak bertepuk sebelah tangan, Amelia, 28, juga tidak menafikan bahawa Aedy adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya buat saat ini.

“Sama ada kami ‘bercakap’ atau tidak, bila Aedy perlukan apa-apa, saya akan sentiasa ada untuk dia dan saya percaya, energi yang sama disalurkan olehnya buat saya.

“Saya pernah ada ‘bad blood’ (hubungan dingin) antara kami. Tak pernah. Aedy seorang kawan yang baik dan sangat bijak.

"Tak tahu nak cakap apa tapi benda peribadi, saya rasa lebih baik kita simpan untuk diri sendiri dahulu buat masa sekarang,” ujar Amelia.

Baru-baru ini, menjadi perbualan dalam kalangan peminat apabila dua selebriti itu yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta kembali mesra dalam satu sesi fotografi jenama fesyen terkemuka tanah air.

Terdahulu, Aedy mengundang perhatian ramai apabila membuat lamaran terbuka kepada Amelia untuk disunting sebagai kekasih ketika sebuah festival makanan sekitar Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, pada akhir Julai lalu, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.

Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.

Sumber: Kosmo
;