Isteri pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan perkahwinan mereka kini ibarat telur di hujung tanduk.
Jelasnya, mereka kini dalam proses untuk bercerai dan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
"Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah," katanya kepada mStar.
BACA: "Baru Tidurkan Dia Dah Rasa Letih" - PU Abu Mengaku Penat Jaga Anak
Tambah Hana atau pemilik nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia enggan dikaitkan lagi dengan PU Abu dan mahu netizen memahami situasi sebenar mereka.
"Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.
"Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu. Tak nak mereka salah faham tentang kami.
"Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga
"Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik," tambahnya.
Sementara itu, PU Abu enggan mengulas mengenai situasi sebenar rumah tangga mereka.
"Saya dan dia masih suami isteri," jawab PU Abu.
Mengimbas semula, PU Abu dan bekas isterinya, Ain 'Afini mendapat perhatian netizen sejak April lalu dan Hana dikatakan menjadi punca perceraian mereka.
Konflik mereka selesai pada 16 Mei lalu apabila jatuhnya talak kedua antara PU Abu dan Ain.
PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun lalu.
Sumber: mStar
Amri Hassan
Tue Jul 09 2019
Pernah Datang Cari Kereta Harga RM1,000, Tauke Perniagaan Kenderaan Terpakai Hadiahkan Proton Persona Kepada Azlan
Pengusaha kereta terpakai, Daniel Firdaus berkongsi rezeki menghadiahkan sebuah kereta Proton Persona kepada pasangan suami isteri tular membawa anak mereka menaiki motosikal dengan memakai alat bantuan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP).
Ella Guna Khidmat ‘Bodyguard’ Untuk Mudahkan Urusan - “Ini Lebih Kepada Soal Keselamatan”
Ratu rock. Ella mendedahkan dia menggunakan khidmat pengawal peribadi sekiranya perlu memenuhi undangan pentas mahupun acara-acara yang membabitkan orang ramai.
BFood, Pengendali Starbucks Malaysia Catat Rugi Bersih RM29.76 Juta
Syarikat pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.76 juta pada suku ketiga (S3) yang berakhir pada 31 Mac 2024 berbanding untung bersih RM15.94 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
“Ya Allah Harus Dengan Cara Apa Lagi?” Sudah Mohon Maaf Tapi Terus Dikecam, Wanita Dakwa Tak Dengar Azan Di Malaysia Ini Akui Penat
Wanita itu terus dihenyak kecaman sehingga ramai dalam kalangan netizen menyerang akaun Facebook dan Instagram miliknya.
Bermusafir Tak Perlu Solat Jumaat? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus
Menurut Azhar Idrus, pendapat muktamah dalam mazhab adalah, jika seseorang itu keluar bermusafir sebelum waktu Subuh, maka gugurlah kewajipan solat Jumaat.
Fatimah ‘The Family UK’ Alami Pendarahan Tanpa Henti Selepas Pembedahan, Keluarga Mohon Teruskan Doakan Puteri Kesayangan
Personaliti media sosial cilik yang dikenali sebagai Fatimah dilaporkan mengalami pendarahan tanpa henti selepas melakukan prosedur pembedahan biopsi pada minggu lalu.
Neera Azizi Kini Bertudung, Dapat Hidayah Dalam Mimpi - “Tiga Malam Berturut Saya…”
Pelakon Neera Azizi kini tampil berhijab selepas tiga malam dia bermimpi dirinya memakai tudung sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah sebulan yang lalu.
Ara Johari Pelik Kenapa Ramai Dakwa Dirinya Semakin Kurus
Penyanyi Ara Johari mengakui teguran terhadap badannya yang dikatakan kelihatan semakin kurus sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.
Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam
Pelakon Abby Abadi kongsi video memperlihatkan momen dengan anak perempuannya iaitu Marrisa Dania Hakim menerusi akaun TikTok miliknya.
Isu SMDX, Pengurusan Mohon Maaf Tampil Beri Penjelasan - “Kami Mengaku Banyak Lagi Perlu Dipelajari”
Syarikat pengurusan XIOKK Entertainment akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa isu tular yang melanda artis di bawah naungannya iaitu SMDX.