"Kami Ditakdirkan Untuk Berpisah" - Instafamous Anwar Hadi, Takahara Suiko Bercerai
Shahrin Zulkifle
21/07/2022 01:00 MYT
21/07/2022 01:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Anwar Hadi mendedahkan perkahwinanya bersama isteri yang juga merupakan seorang penyanyi, Takahara Suiko sudah berakhir.
Khabar itu telah dimaklumkan sendiri oleh Anuar menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, menurut Anwar dia dan bekas isterinya masih berkawan baik meskipun sudah tidak tinggal bersama lagi.
“Kami dah bukan lagi suami isteri. Kami masih berkawan baik.
“Terima kasih @takaharasuiko untuk masa, ruang, kesabaran, empati, gelak tawa, air mata, senyum manis, kata-kata galakan, kepercayaan dan memori,” tulisnya pada kapsyen.
Dalam pada itu, Takahara atau nama aslinya Izzaty Khalir turut menyifatkan perakhiran kisah mereka adalah sebuah takdir dan hubungan itu harus dileraikan secara baik demi kebaikan bersama.
"Kami lebih baik sebagai kawan. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama dan ia berjalan dengan sangat lancar. Sewaktu proses ini berlansung, kami masih lagi bergurau dan bersembang seperi hari-hari biasa.
"Sudah tentu saya menangis. Gila tak menangis. Tapi jalani terapi secara sendiri ini banyak mengajar saya memberi kefahaman terhadap situasi ini.
"Hubungan romantik in harus berakhir demi kebaikkan bersama. Kami mempunyai visi yang berbeza mengenai sesuatu perhubungan itu. Kami ditakdirkan untuk berpisah.
"Saya sedang mengambil masa untuk memproses tentang semua perkara ini sejak beberapa bulan yang lalu. Saya sangat menyayanginya dan saya tak boleh pentingkan diri. Jadi saya lepaskan dia pergi," katanya.
Sekadar info, Anwar dan Izzaty telah mendirikan rumah tangga padal Disember 2015 sebelum masing-masing memilih untuk berpisah.