Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar memilih nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin untuk anak pertama yang dilahirkannya pada 23 Disember lalu.

Nina mendedahkan perkara itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.

Di entri itu, Nina turut mendedahkan wajah anaknya yang berusia 10 hari itu.

"Kami mahu memulakan tahun 2020 dengan memperkenalkan anak lelaki kami, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.

"Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh, Insya-Allah, Amin," tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Nina di ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji kecomelan Aaryan dan mendoakan kebaikan untuknya.

Assalamualaikum, hi everybody. We would like to start our 2020 by introducing you to our Darling son, Muhammad Aaryan ar-Rizqin. He is 9 days old now. Kami doakan Rizqin membesar dengan sihat sempurna dan menjadi anak yang soleh. InshaaAllah. Ameen. ♥️ - @ar_rizqin #AzlanJr #LuckyNumber9

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on


Terdahulu, Nina dan suaminya penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan mendirikan rumah tangga pada April 2019.