Laman Utama
“Kami Hanya Nak Beritahu Yang…”- Setahun Pemergian Ashraf Sinclair, BCL Titipkan Ucapan
Sempena mengenang pemergian Ashraf Sinclair setahun yang lalu, penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) menziarahi pusara suaminya bersama anak, Noah Aidan.
Foto di pusara itu dikongsikan BCL menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri yang sama BCL menitipkan ucapan khas buat arwah tentang diri dan anaknya selama pemergian orang kesayangan mereka.
“Hai Daddy, sudah setahun kamu pergi. Hari ini, kami hanya nak beritahu yang ia bukan perkara yang mudah buat kami laluinya namun kami baik-baik sahaja. Kami cuba uruskannya.
“Jadi jangan bimbang tentang kami. Moga kamu mempunyai kehidupan yang indah di sana. Kami merindui kamu,” katanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut memberikan kata-kata semangat buat mereka untuk lalui hari-hari yang mendatang tanpa orang tersayang.
BCL juga diketahui mengadakan kenduri sempena satu tahun pemergian suaminya yang juga merupakan abang ipar kepada Yuna, malam tadi.
Terdahulu, BCL ada mendedahkan penyesalan terhadap suami kerana tidak meluangkan lebih masa dan sibuk dengan kerja sebelum pemergian Ashraf.
Ashraf Sinclair, 40, yang merupakan anak seni kelahiran Malaysia itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020 di Indonesia.
Must-Watch Video