Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Shahrol Shiro akui tidak mahu mengulangi kesilapan mereka yang seringkali 'pancit' ketika mengadakan persembahan di pentas final.
Shahrol berkata, mereka akan memperbaiki kelemahan yang ada pada tahun sebelum ini untuk memburu gelaran juara MLM 2017.
"Setiap kali MLM kami akan berjaya menjejakkan kaki ke final namun nasib masih belum menyebelahi kami untuk bergelar juara.
"Jadi pada tahun ini kami akan memperbetulkan kesilapan terdahulu dan kami telah mempunyai perancangan yang rapi untuk final.
"Kami akan memberikan yang terbaik supaya tidak pancit lagi di final pada tahun ini.
"Sudah semestinya kami juga ingin bergelar juara namun ia semua bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan dan kami berjanji akan melakukan yang terbaik," katanya kepada Astro Gempak.
Gelanggang akhir MLM 2017 bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Jumaat (hari ini) dan lima #lanunlawak akan berentap di dua pusingan bertemakan Bebas dan Muzikal.
Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 menawarkan hadiah lumayan bagi juara pertandingan iaitu wang tunai sebanyak RM500,000 beserta trofi. Naib juara pula bakal merangkul wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi dan RM150,000 beserta trofi menanti pemenang tempat ketiga. Manakala tempat keempat dan kelima masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Penonton boleh menyaksikan siaran langsung MLM 2017 atau mendapatkan informasi terkini menerusi portal hiburan rasmi, Astro Gempak (www.astrogempak.com.my) atau laman web www.maharajalawakmega.com.my.
Selain itu, penonton boleh juga mengikuti Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun Instagram @AstroGempak @ZonLawak @maharajalawakmega untuk dapatkan live update mengenai MLM 2017 satu jam sebelum rancangan bermula.
Sinar fm juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku Radio Rasmi, manakala Raku bertindak sebagai Radio Digital.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Fri May 05 2017
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.