gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Fenomena Kini Bermula! Keluang Man Di Mana-Mana - “Nas Memang Sesuai Jadi Borhan, Menyala!”
HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Kami Ingin Tunjuk Bakat, Bukan Sekadar Rupa” - Da Unknown Mahu Buktikan Muzik Dihasilkan Berkualiti

gempak
Shahrin Zulkifle
01/04/2023
00:00 MYT
Sponsor Banner
“Kami Ingin Tunjuk Bakat, Bukan Sekadar Rupa” - Da Unknown Mahu Buktikan Muzik Dihasilkan Berkualiti

“Kami ingin tunjuk bakat, bukan hanya rupa yang ada,” demikian kata salah seorang ahli kumpulan , Da Unknown, Ameer, yang menegaskan mereka mahu dikenali dengan karya muzik yang dihasilkan.

Menurut Ameer, dirinya enggan peminat hanya mengenali kumpulan mereka disebabkan rupa paras yang tampan. Sebaliknya ingin membuktikan kumpulanya mampu menyanyi dengan baik di depan umum.

“Pada saya, apa yang ingin kami jual kepada umum sudah pasti karya seni dan muzik yang kami ada sebagai satu kumpulan boyband.

“Bukan sekadar rupa paras yang ada. Kami tidak mahu orang di luar sana berkata harapkan wajah sahaja kacak tetapi tiada bakat.

“Sebagai sebuah boyband atau group vokal yang kesemua memang menyanyi, kami ingin tunjuk bakat kami yang sebenar. Fokus kami memang menyanyi,” katanya kepada Gempak.

Ameer berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia yang diadakan di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Selain Ameer, Da Unknown yang terkenal dengan lagu berjudul Baby Sayang turut dianggotai oleh Izmeer, Zaq dan Zofri.

Sementara itu, menurut Izmeer pula, sebagai sebuah kumpulan yang baharu di dalam industri, dia dan ahlinya sering menjadikan beberapa kumpulan terdahulu sebagai rujukan dalam bekarya.

“Untuk sebuah group baharu, banyak group terdahulu yang kami jadikan sebagai rujukan untuk kami hasilkan karya.

“Dalam pada itu, kami juga sentiasa mencari rujukan baharu yang lebih fresh selain jadikan ahli kumpulan sendiri sebagai rujukan.

“Kami sentiasa memberikan pandangan dan bertukar idea antara satu sama lain dalam hasilkan karya yang akan datang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Da Unknown bakal merakamkan sebuah lagu baharu yang dijangka bakal diluncurkan pada tahun ini.

Untuk info, sebelum ini Da Unknown dianggotainya seramai lima orang ahli sebelum salah seorang bernama Momo memilih untuk mengundurkan diri.

Topic Berkaitan
#Ramadan
#Puasa
#Universal Music
#Da Unknown
#Baby Sayang Jangan Marah
#Unknown
Must-Watch Video