Hiburan
“Kami Jatuh Cinta Kepada Marvella Ketika…” - Harith Iskander Jadikan Anjing Kudung Anak Angkat, Wanita Ucap Terima Kasih
Seorang wanita yang tular baru-baru ini kerana menyelamatkan seekor anjing jalanan kudung, mengucapkan terima kasih kepada selebriti versatil, Harith Iskander dan isteri kerana sudi menjadikan haiwan malang itu sebagai anak angkat.
Wanita dikenali sebagai Nurull Ain Abdul Hamid itu telah memuat naik posting di Instagram memaparkan fotonya bersama Harith, isteri dan anjing yang dinamakan Marvella.
Selain ucapan terima kasih Nurull Ain turut mengagumi Harith Iskander dan isteri kerana sudi menyayangi Marvella meskipun ramai yang memandang anjing sebagai haiwan yang hina.
“Thank you @drjezaminelim & husband encik Harith iskander sudi untuk menjadikan Marvela sebagai temporary adopter @ anak angkat terima kasih sudi memberi kasih sayang pada Marvela yang pada asalnnya adalah anjing jalanan yang mempunyai masa lalu yang tragis.
“Walaupun anjing ini dipandang benci oleh sesetengah masyarakat, Alhamdullilah masih lagi ada yang menyayangi…Marvela adalah anjing yang tidak mempunyai kedua dua belah kaki depan dan pernah dibuli dipukul orang dahulu,” tulisnya.
Sementara itu, Harith Iskander turut memuat naik posting dan menceritakan kisah bagaimana dia dan isteri ‘jatuh cinta’ kepada anjing kudung tersebut.
“Kami jatuh cinta pada Marvella ketika isteri saya @drjezaminelim membaca kisah viralnya secara online dan saya beritahu isteri kita perlu buat sesuatu untuk anjing ini dan wanita yang menyelamatkannya.
“Setelah berbincang dengan Nurul, kita semua sepakat tentang “Foster home” di mana Marvella akan tinggal bersama kami dan kami akan membawanya bertemu ‘heronya’ (Nurull Ain) setiap bulan,” tulisnya.