“Kami Juga Memohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami Yang…” - Ibu Aliff Aziz Akan Terus Nasihat Hingga Tutup Mata
Asyikin Mayudin
21/06/2024 00:55 MYT
21/06/2024 00:55 MYT
Seorang pengguna media sosial mendoakan ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza agar terus tabah menghadapi ujian yang melanda dirinya dan keluarga ketika ini.
Tanda Disayangi Allah
Menerusi perkongsian di Instagram, individu tersebut berkata, ujian yang diberikan kepada Siti Hafiza sekeluarga merupakan tanda mereka disayangi Allah.
"Semoga puan (Siti Hafiza) kuat menghadapi ujian ini. Allah uji tanda Allah sayang dan mahu mengangkat darjat puan sekelaurga.
"Hari ini kita diuji dan kita sempat muhasabah diri dan perbaiki apa yang patut agar menjadi lebih baik. Yang memaki hamun risau tak sempat nak mohon maaf, ajal menjemput,” katanya.
Simpan Perasaan Marah
Pada perkongsian yang sama, individu berkenaan berkata dia juga pernah menyimpan perasaan marah dengan tindakan Aliff, namun berasa tidak adil untuk menilai dan menghukum seseorang yang tidak dikenali.
"Saya dulu juga pernah ada rasa marah pada Aliff dan puan yang sentiasa ada di belakang Aliff. Tetapi bila difikirkan balik, tidak adil untuk berperasaan begitu berdasarkan penilaian dalam media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Ke Mahkamah Syariah?
ARTIKEL BERKAITAN: “My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?
"Dan tidak adil menunding jari pada salah orang, sedang diri sendiri juga banyak khilaf. Maafkan saya puan.
"Saya kagum puan menjadi ibu yang sangat kuat. Moga terus diberikan kekuatan yang kuat,” katanya lagi.
Syukur & Mohon Maaf
Sementara itu, Siti Hafiza menerusi ruang kapsyen meluahkan rasa syukur kepada Ilahi dan memohon maaf bagi pihak anaknya.
"Allah ilhamkan insan yang hebat ini menulis kepada saya. Sesungguhnya Allah Maha Baik. Kami juga memohon maaf atas kekhilafan anakanda kami yang menyinggung perasaan.
"Insya-Allah kami akan terus nasihat dan mendoakan anakanda kami hingga kami menutup mata,” ujarnya.
Terdahulu, Hafiza kembali memuat naik perkongsian di Instagram setelah lama menyepi disebabkan Instagram miliknya dinyahaktifkan.
Menerusi perkongsian itu, Hafiza memanjatkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan dan hanya Allah dapat membalas buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.
Sementara itu, Hafiza turut menulis mengenai ketenangan hati serta memberikan refelksi diri berkenaan jatuh bangun dalam kehidupan.
Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”ARTIKEL BERKAITAN: Terima DM Dihina Seperti Haiwan, Ibu Aliff Aziz Tak Melenting - "Teruskanlah Jika Ini Membuat Anda Bahagia"
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Rujuk Watak Don Massimo Dalam 365 Days Untuk Drama Bersama Ruhainies
ARTIKEL BERKAITAN: Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Ruhainies
#Ibu Aliff Aziz
#Siti Hafiza
#Sarah Yasmine
#Hafiza mohon maaf